berita

Pasangan Aepul, Leez Rosli Juara Famili Duo, Nyanyian Haziq Hussni & Isteri Terima Pujian

April 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menampilkan pasangan suami isteri yang ‘sweet’ seperti Khai, Rosma, Tuju, Loca B serta Aepul Roza dan Leez Rosli dalam episod akhir semalam, program realiti nyanyian terbaru iaitu Famili Duo berjaya mencetuskan fenomena setiap hujung minggu.

Artikel berkaitan: Pernah Viral Pakai ‘Baju Kelawar’, Juri ‘Famili Duo’ Suka Fesyen Eranzz Lambert Bawa Ular Naik Pentas

Artikel berkaitan: Suara ‘Whistle’ Anak Amyza Aznan Bikin Penonton Famili Duo ‘Goosebump’

Janam Janam

Dalam episod semalam, dua pasangan suami isteri yang berjaya mencuri perhatian penonton ialah Haziq Hussni dan isterinya Ayunda Putri serta Ifa Raziah dan suaminya iaitu Yani. Ini kerana, isteri dan suami kedua-dua artis tersebut jarang dilihat di kaca televisyen apatah lagi bernyanyi dengan pasangan mereka.

Haziq dan Ayunda memilih lagu ‘Janam Janam’ sebagai lagu cover untuk muzik video mereka. Manakala lagu ‘Teman’ nyanyian Iman Troye merupakan lagu pilihan untuk persembahan secara ‘live’. Bagi Ifa Raziah dan suaminya pula, mereka telah memilih lagu ‘Terlanjur Cinta’ sebagai lagu cover untuk muzik video dan ‘Ceritera Cinta’ sebagai lagu persembahan live.

Pertama kali tengok suami Ifa Raziah

Bercakap pun tidak, apatah nak buka mulut lagi susah. Rupanya magik malam ni. Secara keseluruhan macam tengok AJL.

Menurut Didie Alias, dia tidak sangka suami kepada Ifa Raziah boleh menyanyi. Ini kerana, Yani seorang yang pemalu.

Suara Haziq sedap sangat. Boleh buat lagu dengan isteri. Selain penyampai radio, Haziq ni boleh menyanyi dan dia macam dah tak sedar diri semasa buat persembahan tadi. Bagus.

Mengenai persembahan Haziq dan isterinya, Mark Adam memberitahu bahawa pasangan tersebut boleh merakam sebuah lagu bersama. Pasangan tersebut sangat serasi. Dalam episod akhir semalam, kemenangan berpihak kepada Aepul dan Leez Rosli. Mereka berjaya membawa pulang RM10 ribu sebagai hadiah.

Sumber: TV3 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×