Menampilkan penyanyi-penyanyi hebat seperti Zamani, Asmidar, Ezad Lazim, Zynakal dan Ayu Damit dalam episod keenam semalam, program realiti nyanyian terbaru iaitu Famili Duo semakin mendapat sambutan daripada kalangan pononton.
Artikel berkaitan: Suara ‘Whistle’ Anak Amyza Aznan Bikin Penonton Famili Duo ‘Goosebump’
Artikel berkaitan:Nyanyi Sebijik Macam Ella, Ragam Sharifah Shahira Dalam Famili Duo Bikin Netizen Pecah Perut!
Dalam episod semalam juga, boleh dikatakan kesemua peserta merupakan penyanyi dan pernah menyertai program realiti nyanyian. Antaranya, Along Zaimi (bekas peserta Mentor) dan Eranzz Lambert yang merupakan salah seorang finalis Vokal Mania. Patut semua power!
Siap ada ular!
Jika sebelum ini, nama Eranzz Lambert ini sangat dikenali di Indonesia kerana dia mewakili negara dalam pertandingan Golden Memories Asia. Pertandingan nyanyian yang disertai beberapa buah negara Asia yang lain seperti Filipina, Brunei, Singapura dan Timor Laste itu telah membuktikan bahawa Eranzz merupakan penyanyi yang hebat serta memiliki gaya yang tersendiri semasa melakukan persembahan. Justeru itu, dia telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam rancangan tersebut.
Di Malaysia, Eranzz berjaya mencuri tumpuan netizen apabila dia muncul dalam sebuah program realiti nyanyian di TV3 iaitu Vokal Mania. Memiliki kehebatan vokal yang cukup luar biasa semasa bertanding serta imej yang lain daripada lain, Eranzz berjaya menempatkan diri sebagai finalis di peringkat akhir pertandingan tersebut. Terbaru, penampilan Eranzz bersama ibu saudaranya iaitu Rina Azhar dalam Famili Duo berjaya membuatkan juri tetap iaitu Mark Adam dan Didie Alis memberikan standing ovation.
Menurut Didie Alias, dia suka melihat pakaian yang dipakai oleh pasangan tersebut meskipun tidak mempunyai kaitan dengan lagu yang ingin disampaikan. Oleh itu, dia dan Mark Adam membuat keputusan untuk memberi lima mikrofon kepada pasangan tersebut setelah mereka selesai melakukan persembahan.
Zamani dan Zynakal juara mingguan
Di akhir program Famili Duo, Zamani dan anak saudaranya iaitu Zynakal telah dinobatkan sebagai pemenang mingguan lalu membawa pulang RM10 ribu sebagai hadiah. Mereka berdua telah menyanyikan lagu ‘Hang Pi Mana’ nyanyian kumpulah Khalifah semasa persembahan live dan lagu ‘Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta’ semasa sesi rakaman.
Menjengah di ruangan komen di Youtube, rata-rata netizen suka melihat gandingan di antara ibu saudara, bapa saudara dengan anak-anak saudara mereka. Untuk episod akan datang, Famili Duo akan menampilkan lima pasangan adik beradik untuk berentap seperti episod pertama sebelum ini. Kalau korang nak tahu siapa yang bakal beraksi minggu ini, korang jangan lupa tonton Famili Duo di TV3 setiap hari Ahad, pukul 9 malam okay!
Sumber: TV3