berita

Pasangan Dapat Hadiah Dari Zalora Cuba Nasib Di Ikea Pula

December 5th, 2014 | by Wan
Kini Trending

ikeapulak

Semalam kami ada siarkan artikel mengenai sepasang suami isteri bertuah yang mendapat hadiah bekalan pakaian selama setahun daripada Zalora Malaysia.

Perkara ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai yang nyata begitu teruja dengan pemberian Zalora tersebut. Malah ada yang plan dengan pasangan masing-masing untuk meniru gelagat pasangan suami isteri ini.

Dek kerana lambakan pakaian dan kasut yang diterima, terbaru si suami, Radzi Ali telah meminta cadangan daripada Ikea Malaysia mengenai almari yang sesuai untuk memuatkan kesemua hadiah!

ikea

Manalah tahu kali ini Ikea pula bermurah hati untuk hadiahkan bekalan almari selama setahun.

Melalui post Radzi Ali kepada Ikea, kami difahamkan isterinya kini sedang berada di dalam wad menunggu detik kelahiran bayi mereka yang pertama. Harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat anak yang comel macam korang!

ygni

SKIP THIS AD ×