berita

Pasangan Pelakon Maut Kemalangan, Pemandu Mohon Maaf Kerana Lalai – ‘Saya Menyesal Tak Cakap Saya Mengantuk’

March 4th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Pemandu kepada artis sensasi Indonesia, Allahyarham Vanessa Angel dan suami, Allahyarham Bibi Adriansyah iaitu Tubagus Joddy tampil memohon maaf kepada keluarga arwah kerana menjadi punca kemalangan nahas yang berlaku pada November tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Pasangan Pelakon Maut Kemalangan, Anak 1 Tahun Jadi Yatim Piatu, Pemberita Nangis Di Live TV Saat Temubual Saksi

Artikel Berkaitan: Pasangan Pelakon Maut Kemalangan, Pemandu Bongkar Apa Yang Berlaku Sejam Sebelum Kejadian

Artikel Berkaitan: Isu ‘Tergilakan’ Harta Masih Belum Selesai, Kini Bapa Dakwa Mahu Kubur Vanessa Digali & Dipindahkan

‘Saya minta maaf, saya lalai’

Keadaan kereta selepas kemalangan

Tubagus Joddy atau lebih mesra dengan panggilan Joddy tampil memohon maaf kepada keluarga arwah kerana menjadi punca kecelakaan jalan raya hingga meragut nyawa dua majikannya. Dia juga mengaku bersalah kerana telah memandu dalam keadaan mengantuk sehingga tertidur ketika terjadinya kemalangan nahas itu. Bukan itu sahaja, dia juga mengaku ada sesekali bermain telefon bimbit saat memandu.

Saya meminta maaf kepada kepada keluarga almarhum Bu Vanessa dan Pak Bibi. Saya mengaku bersalah. Saya lalai, sehingga terjadilah kecelakaan.

Saya juga meminta maaf kepada Gala Sky. Akibat kelalaian saya, dia kehilangan orang tua, kamu kehilangan orang yang paling kamu sayang, kamu kehilangan orang penting dalam hidupmu.

Tak terasa ada pelanggaran

Pemandu, Tubagus Joddy

Bercerita kembali mengenai insiden tersebut, Joddy mendakwa cuba untuk ‘bertahan’ dari rasa mengantuk kerana tidak mahu menyusahkan majikannya. Joddy juga mendakwa telah mengurangkan kelajuan kereta kepada 100 hingga 120 kilometer per jam.

Kali terakhir saya sedar adalah sebelum kejadian iaitu ketika kereta masih di jalan lurus. Mungkin selepas itu saya tertidur dan apabila buka mata, saya lihat kereta sudah berhenti dan menghadap ke belakang.

Saya langsung tidak terasa adanya pelanggaran.Cuma saya sempat dengar suara orang yang kesakitan. Saya lihat sebelah kiri nampak kereta dah hancur. Kemudian terus teringat Gala dan Vanessa yang pada ketika itu sudah tidak ada di dalam kereta.

Difahamkan sebelum ini, Joddy telah pun memohon maaf kepada keluarga arwah tetapi bukanlah secara bersemuka kerana pada ketika itu dia berada di dalam tahanan.

Terdahulu pada November 2021, dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan berita pelakon terkenal Indonesia iaitu Vanessa Angel dan suami, Bibi Adriansyah yang disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Tol Ngajuk menghala ke Surabaya, Indonesia. Sementara anak pasangan ini iaitu Gala Sky bersama pengasuh dan pemandu dilaporkan terselamat.

Sumber: Tribunnews, Media Indonesia, Pikiran Rakyat

SKIP THIS AD ×