berita

Pasangan Suami Isteri Suruh 12 Anak Kutip Sedekah, Raih Pendapatan Lumayan Setiap Bulan Hampir RM9k

February 5th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Pasangan suami isteri di Sampit, Kotawaringin Timur, Indonesia didakwa memperoleh wang dengan cara yang ‘mudah’ dengan hanya menyuruh 12 anak mereka mengutip sedekah.

Hasil keuntungan yang diperolehi dikatakan lumayan sehingga mereka mampu membeli sebuah kereta dan motosikal baru.

Artikel Berkaitan: Sanggup Datang Dari Sungai Buloh Ke Seremban, Peminta Sedekah Warga Asing ‘Kutip’ RM2,000 Sehari

Artikel Berkaitan: Pemandu Lori Dedah Gaji RM8 Ribu Sebulan, Netizen Tanya Ada Kerja Kosong Tak

Artikel Berkaitan: Netizen Terkejut Gaji ‘Bibik’ RM 3,500 Sebulan, Kalah Engineer

12 anak kutip sedekah

Foto:Tribun News

Memetik laporan Tribun News, ibu kepada kanak-kanak ini membuat perancangan yang rapi dan mereka (anak-anak) bekerja keras sebelum aktiviti tersebut dihidu oleh pihak berkuasa. Difahamkan, aktiviti haram ini telah dilakukan bertahun-tahun dan lokasi strategik telah dipilih bagi memperoleh hasil yang lumayan.

Modus operandi yang digunakan oleh keluarga ini adalah meraih simpati daripada orang ramai dan mereka mengemis di lampu isyarat berwarna merah.

Anak sulung memainkan peranan yang penting selaku ‘penyelaras’ dan mengawasi gerak-geri adik-adiknya dan turut mengemis pada masa yang sama.

Mengulas lebih lanjut, tiada salah seorang daripada mereka pun yang bersekolah dan hanya bertugas sebagai pengutip sedekah.

 Setiap hari mereka diaturkan. Jadi si ibu tentukan tempat di mana mereka beroperasi. Anak lelakinya yang berumur 17 tahun menjadi penyelaras tempat.

Setiap kali ada serbuan mereka inilah yang ditangkap.

Raih pendapatan yang lumayan

Sekadar gambar hiasan

Apa yang lebih mengejutkan, seorang anak dikatakan boleh mendapat minimum sebanyak IDR 200 rupiah sehari (anggaran RM58) dan pendapatan harian sekeluarga ini mencecah Rp 1 juta sehari (anggaran RM290).

Jadi kalau dikira dia keluarkan lima anak sehari, boleh jadi Rp. 1 juta. Sebulan boleh keluarkan Rp. 30 juta (anggaran RM8,700). Itu diambil secara purata.

Hasil duit sedekah yang diperoleh dikatakan mampu membeli barangan mewah dan turut kelihatan sebuah kereta serta motosikal baharu yang berada di hadapan rumahnya.

Kegiatan tersebut kurang disenangi oleh jiran tetangga dan mendakwa keluarga tersebut sering kali membuat sepah dan mabuk di kawasan kejiranan.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×