berita

Pemandu Lori Dedah Gaji RM8 Ribu Sebulan, Netizen Tanya Ada Kerja Kosong Tak

January 13th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Isu mengenai gaji sering kali menjadi topik perbualan yang ‘hangat’ dan setiap individu sudah pastinya mengimpikan untuk memperoleh gaji yang tinggi setimpal dengan kerja dilakukan. Bagaimanapun, gaji seseorang itu lazimnya diberikan berdasarkan pengalaman dan kelayakan individu tersebut.

Artikel Berkaitan: Netizen Terkejut Gaji ‘Bibik’ RM 3,500 Sebulan, Kalah Engineer

Artikel Berkaitan: Gaji Maintain RM10 Ribu Sebulan, Lelaki ‘Pecah Rahsia’ Peroleh Pendapatan Lumayan Jadi Penghantar Makanan

Gaji bulanan RM8k

Seperti perkongsian pemandu lori menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok, tampil mendedahkan pendapatan bulanannya yang mengejutkan orang ramai.

Ujar lelaki ini, gaji bersih yang diterimanya adalah sebanyak RM6,215.66 dan dia sempat memperincikan setiap satu bahagian penyata gaji tersebut.

Ok basic RM1,100 dan yang ini over time (kalau kerja hari Ahad atau cuti umum) yang ini pula (komisyen) RM7,463.15 trip. Gaji kasar RM8,883.96.

Jumlah potong Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP) RM774 dan pinjaman selama sebulan RM1,490.20.

Video yang dikongsi semalam, telah mendapat lebih 2.6 juta tontonan dan pelbagai respon daripada wargamanya. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat gaji yang diterima adalah berbaloi berikutan risiko yang perlu ditanggung oleh mereka ketika berada di jalan raya.

Gaji besar tapi jarang ada di rumah. Risiko tinggi nyawa atas jalan.

Video penuh:

@madrizz_official Balas kepada @mohdfaizalredzuan bukan nak riak tapi sekadar bagi jawapan kepada antara soalan yg paling byk sy terima ? #fypchallenge #fyppage #fyp? #fyp #fypage #masukberanda ? suara asli – rainn

Gaji besar, risiko tinggi

Sumber: Madrizz_Official

SKIP THIS AD ×