Foto: Muhamad Reza Khalili Khalil
Bermodalkan seorang kanak-kanak kecil dan satu bekas kosong, siapa sangka seorang wanita dipercayai warganegara asing mampu menjana pendapatan yang ‘lumayan’ dengan hanya mengutip sedekah.
Artikel Berkaitan: Pemandu Lori Dedah Gaji RM8 Ribu Sebulan, Netizen Tanya Ada Kerja Kosong Tak
Artikel Berkaitan: Netizen Terkejut Gaji ‘Bibik’ RM 3,500 Sebulan, Kalah Engineer
Artikel Berkaitan: Gaji Maintain RM10 Ribu Sebulan, Lelaki ‘Pecah Rahsia’ Peroleh Pendapatan Lumayan Jadi Penghantar Makanan
Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Muhamad Reza Khalili Khalil dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya.
Mampu raih pendapatan lumayan
Foto: Muhamad Reza Khalili Khalil
Menerusi foto yang dikongsi, wanita ini dilihat sedang duduk di sebuah pasar sambil meriba seorang kanak-kanak mengharapkan belas kasihan daripada orang ramai. Apa yang mengejutkan, apabila wanita ini turut mencatat jumlah pendapatan harian yang begitu lumayan dan mampu meraih anggaran RM2,000 hingga RM2,300 sehari.
Kaya oo jadi peminta sedekah. Kalah gaji pegawai, warga asing pakai tudung menyamar Islam. Bila disuruh syahadah dia geleng kepala. Tanya Islam ke? Geleng kepala juga. Income sehari mencecah RM2300.00. Siap ada buku catatan income harian tahun 2021 & 2022.
Mengulas lebih lanjut, lelaki ini mendakwa wanita ini sanggup menaiki pengangkutan awam dari Sungai Buluh, Selangor ke Seremban, Negeri Sembilan demi mencari rezeki sedemikian rupa.
Wanita ini sanggup naik *****. Agaknya warga Seremban sangat pemurah. Ya Rakyat Malaysia memang pemurah.
Respon netizen
Perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respon daripada netizen yang terkejut dengan pendapatan yang berjaya diperoleh oleh mereka.
Netizen pada masa yang sama, turut mendakwa lazimnya peminta sedekah ini datang daripada sindiket yang bertindak menghantar dan mengambil setelah ‘kerja’ tersebut selesai dilakukan.
Sumber: Muhamad Reza Khalili Khalil