Foto: Abdul Rani Kulup Abdullah
Minggu lalu kecoh di media sosial apabila tular sebuah rakaman menunjukkan seorang wanita yang secara tiba-tiba menanggalkan pakaian di sebuah kelab komedi. Rakaman yang tular itu mendapat tentangan hebat daripada semua pihak termasuk Abdul Rani Kulup kerana didakwa menghina agama Islam.
Artikel Berkaitan: Jawi Siasat Video Wanita Buka Baju Separuh Bogel Yang Hina Islam
Artikel Berkaitan: PU Amin Sedih Tengok Wanita Hina Agama Islam, Berani Buka Baju Selepas Mengaku Hafal 15 Juzuk Al-Quran
Artikel Berkaitan: ‘Aku Beragama Islam, Tak Sokong Penghina!’ – Afdlin Shauki
Buat laporan polis
Foto: Abdul Rani Kulup Abdullah
Jelas Rani Kulup, wanita yang didakwa menghina agama Islam itu juga dikatakan telah mencemarkan nama Kuala Kangsar, Perak. Hal ini kerana di dalam rakaman tersebut, wanita itu memberitahu dirinya berasal dari Bandar Diraja Negeri Perak itu.
Menurut Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, tindakan wanita tersebut dilihat sebagai tindakan yang menghina agama pada bulan umat Islam menyambut Aidiladha.
Dia pun sebut dia orang Kuala Kangsar. Mana dia dan keluarga dia nak letak muka? Kalau saya, saya tak akan balik ke sini lagi 40 tahun kerana malu (akan tindakan itu).
(Malah tindakan wanita itu) bukan sahaja mencemarkan, malah seolah-olah telah memburukkan nama Kuala Kangsar. Sedangkan bandar ini sangat baik. Kena pula dengan perkara mungkar seperti itu (amat mengecewakan).
Pada Isnin, Abdul Rani atau lebih mesra disapa ‘Ayahanda Rani Kulup’ itu telah tampil membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar.
Sementara itu, Abdul Rani juga meminta semua pihak agar tidak menghina apa-apa agama yang di negara ini khususnya agama Islam.
Sumber: Astro Awani