Peguam syarie yang mewakili pelakon Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan bahawa aktres itu akan memfailkan perceraian dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Bakal Fail Cerai Terhadap Farid Kamil – ‘Dia Mungkin Akan Bawa Bunga, Cincin & Janji Palsu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Pengakhiran Yang Aman & Baik’ – Diana Danielle
Terima arahan Diana
Iya, anak guam saya sudah arahkan untuk ‘proceed’ (failkan rujuk dan perceraian).
Anak guam saya sudah bagi arahan untuk memfailkan dan saya sedang menyediakan proses rujuk dan cerai sekali. Kami akan failkan dalam bila-bila masa saja.
Dalam masa yang sama, Akberdin memberitahu bahawa pihaknya kini sedang di dalam proses untuk mengambil tindakan yang seterusnya.
Dia (Diana) memang sudah tekad dan sebenarnya sudah bagi arahan untuk bertindak. Semalam dia bagi arahan untuk ‘proceed’ terus.
Walau bagaimanapun, Akberdin enggan berkongsi tentang punca perceraian tersebut namun akan memaklumkannya kemudian.
Masa fail kami akan beritahu, sekarang agak sukar nak dijelaskan. Arahan nak failkan memang sudah ‘confirm’.
Semalam, pelakon filem Imaginur itu membuat mengumuman mengejutkan menerusi hantaran di Instagram dengan memberitahu bahawa dia akan bercerai buat kali kedua dengan suaminya, aktor Farid Kamil.
Terdahulu, selepas 11 tahun berkahwin, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023.
Bagaimanapun, pasangan itu kemudian rujuk semula dalam tempoh iddah. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Sumber: BH Online