berita

Pejabat Parlimen Agih Bantuan Syed Saddiq Diarah Tutup

July 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menerusi satu hantaran di laman Facebook memaklumkan Pejabat Parlimen Muar telah diarahkan tutup bermula hari ini.

Artikel Berkaitan: Ditegur Konon Tak Hulur Sumbangan Macam Syed Saddiq, Sekali TMJ Tunjuk Semua ‘Bukti’….

Artikel Berkaitan: ‘Patik Akan Lipat Gandakan Usaha Untuk Berkhidmat Bagi Warga Muar’ – Syed Saddiq

Artikel Berkaitan: ‘Dia Dari Muar Ke?’ – Jawab Soalan Netizen Di IG, TMJ Minta Syed Saddiq ‘Jujur’ Kepada Rakyat

‘Orang sedang susah, lapar dan sakit’

Foto: Syed Saddiq

Ujar bekas Menteri Belia dan Sukan, sejak dua hari yang lepas pasukannya telah bekerja keras mengagihkan bantuan kepada 5,000 keluarga di Muar. Setiap hari, pejabatnya itu akan dikunjungi lebih 150 keluarga yang datang bagi mengambil bantuan dan jumlah penerima semakin bertambah saban hari.

Orang sedang susah, lapar dan sakit. Mereka wajib dibantu. Pejabat saya tak boleh tolak orang yang mahu datang. Nak suruh mereka pulang sebab orang ramai, tak sampai hati. Rakyat Parlimen Muar adalah tanggungjawab saya.

Pada masa yang sama, Syed Saddiq turut memperincikan prosedur operasi standard (SOP) yang dipraktikkan di pejabatnya bagi mengelakkan sebarang penularan wabak Covid-19.

 Kami sediakan sistem kupon. 100 kupon setiap hari untuk ambil bantuan makanan kepada 100 keluarga. Kami guna khidmat RELA untuk kawal situasi di luar pejabat. Kami sudah hantar surat mohon pihak polis untuk bantu jaga semua yang hadir ke pejabat.

Saya juga sudah agihkan sejumlah bantuan makanan kepada semua ketua kampung untuk agihkan di kawasan masing-masing. Had jumlah pengunjung ke dalam pejabat juga kami buat. Yang lain, perlu beratur dengan jarak sesuai di luar pejabat. Tapi hakikatnya ramai lagi yang perlukan bantuan makanan segera. Saya tidak boleh dan tak akan sesekali halang rakyat Parlimen Muar untuk datang ke pejabat.

Arahkan pejabat parlimen ditutup

Foto: Syed Saddiq

Ujarnya lagi, arahan penutupan pejabatnya itu secara tidak langsung akan memberi kesan kepada banyak keluarga yang datang bagi mendapatkan bantuan.

Realitinya, ramai lagi rakyat Parlimen Muar yang susah, lapar dan sakit. SOP memang dipatuhi, tetapi saya memang tidak boleh kawal jumlah penerima yang datang ke pejabat.

Syed Saddiq juga menjelaskan pihaknya sanggup dikompaun oleh pihak berkuasa asalkan bantuan tersebut dapat terus disalurkan kepada mana-mana keluarga yang memerlukan.

Kalau mahu kenakan kompaun kepada orang ramai yang datang ke pejabat, saya minta jangan kompaun mereka. Kompaun saya tak apa. Pejabat itu di bawah kawal selia saya. Urusan bantuan makanan ini pun urusan saya dan pejabat saya. Jangan tambah beban rakyat Parlimen Muar. Mereka hanya mahu bantuan sampai ke tangan keluarga mereka.

Sumber: Syed Saddiq

SKIP THIS AD ×