Foto: South China Morning Post
Seorang pelajar mendakwa menemui objek seakan-akan kepala tikus di dalam makanan yang dihidangkan di kafeteria kolejnya.
Artikel Berkaitan: Pelanggan Terjumpa & Termakan Keratan Kuku Dalam Nasi, Netizen Syak Mungkin Sihir Atau Khianat
Artikel Berkaitan: Wanita Makan Bubur Lambuk Sangka Tergigit Buah Pelaga, Rupanya Ulat Sagu – ‘Nak Nangis’
Pihak kolej menafikan
Foto: South China Morning Post
Memetik laporan South China Morning Post, insiden tersebut berlaku pada minggu lalu di kafeteria Kolej Teknikal Vakasional Perdagangan Industri Jiagxi di Nanchang, China.
Ketika kejadian seorang pelajar menemui objek tersebut di dalam mangkuk nasi dan merakam video dengan mendakwa ianya kelihatan seperti tikus yang mempunyai gigi, mata dan hidung.
Hantaran video tersebut telah tular dan mendapat pelbagai respon dari warganet. Susulan itu, pihak kolej mengambil tindakan dengan menjalankan pemeriksaan keselamatan makanan di kafeteria tersebut.
Bagaimanapun, pihak kolej menafikan dakwaan berkenaan dengan menegaskan bahawa objek tersebut adalah leher itik bukan kepala tikus seperti yang diperkatakan.
Dalam pada itu, pihak kolej berjanji untuk menambah baik pengurusan kebersihan makanan di kantin bagi meyakinkan para pelajar dan kakitangan kolej.
Sementara itu, oleh kerana video tersebut telah menjejaskan reputasi maka pihak kolej meminta pelajar berkenaan tampil menjelaskan kejadian itu secara dalam talian.
Sumber: South China Morning Post