Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di sebuah universiti di Maghribi telah meninggal dunia. Menerusi Twitter Aishah yang juga merupakan sahabat kepada Allahyarham Mohd Hafizuddin bin Hazrul, arwah dikatakan meninggal dunia akibat penyakit leukimia yang dihidapnya.
Walaupun hanya seorang pelajar, jenazah Allahyarham diziarah oleh ramai penduduk setempat yang rata-rata bersimpati dengan arwah. Ayah arwah turut berada di sana ketika disemadikan di tanah perkuburan Bel Abbas, Sale, Maghribi.
Semua peluk & cium dahi ayah kau
Tengok ni din. Semua peluk & cium dahi ayah kau. MashaAllah tabarakallah ??? pic.twitter.com/PrG2GZIF80
— aishah (@nraishahr_) November 26, 2019
Menerusi video tersebut penduduk setempat yang menziarahi pusara arwah berpusu-pusu memeluk dan mencium dahi ayah arwah. Selain mengucapkan takziah mereka turut bersimpati atas pemergian arwah. Menurut pengguna Twitter Raziq Hakim, penduduk arab sangat menghormati golongan penuntut ilmu di negara mereka dan akan digelar murabbi setelah pulang ke tanah air.
Ramai hadir ke pengebumian arwah
Facebook Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi turut menyatakan bahawa pengebumian arwah turut dihadiri dari wakil kedutaan Malaysia dan pelajar-pelajar yang lain.