Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut selepas digilis sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 37 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Serendah, pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Budak Sekolah Rendah Kudung Kedua-Dua Kaki, Digilis Lori Ketika Selamatkan Kucing
Artikel Berkaitan: Badan Lelaki Berkecai Digilis Kereta Api, Kepala Putus & Daging Melekat Pada Landasan
Maut digilis treler
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim, kemalangan nahas itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Comel dalam perjalanan dari sekolahnya menuju ke stesen minyak.
Sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal dari simpang di sebelah kiri terlanggar bahagian tengah treler lalu terjatuh dan digilis tayar belakang kenderaan terbabit.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat. Tambahnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu treler, 30, dalam perjalanan dari Batang Kali ke Kuala Lumpur.
Orang ramai yang melihat kejadian diminta menyalurkan maklumat dengan tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Sumber: Sinar Harian