berita

Pelakon Hollywood, Ryan Reynolds Dan Blake Lively Berkahwin

September 10th, 2012 | by Ai
Hollywood

Menerusi media antarabangsa People.com semalam, pelakon Hollywood terkenal Ryan Reynolds dan Blake Lively dilaporkan sudah berkahwin. Majlis pekahwinnan pasangan ini telah berlangsung di Boone Hall Plantation, Mount Pleasant, Selatan Carolina.

Majlis resepsi pasangan ini ini telah berlangsung di bawah khemah putih dan ia dimeriahkan lagi dengan persembahan Florence Welch, iaitu sahabat baik kepada Blake Lively. Sepanjang majlis berlangsung, Florence Welch telah mendendangkan tiga buah lagu secara langsung kepada tetamu yang hadir.

Pada awal tahun lalu, Lively dan Reynolds dikatakan telah tinggal bersama, semenjak mereka membeli sebuah rumah di Bedford, New York. Selain itu, pasangan ini turut dikatakan telah menghabiskan masa bersama keluarga masing-masing di New York dan Vancouver.

Pelakon filem Green Lantern, Reynolds, 35 sebelum ini pernah berkahwin dengan Scarlett Johansson. Namun begitu, hubungan mereka tidak kekal lama dan berakhir pada tahun 2010, setelah dua tahun mendirikan rumahtangga.

Manakala, bagi Lively ini merupakan perkahwinan pertamanya, di mana sebelum ini dia juga pernah bercinta dengan pelakon kacak drama bersiri Gossip Girl, Penn Badgley.

SKIP THIS AD ×