Seorang pelancong Jepun meninggal dunia beberapa jam selepas melakukan terjunan bungee dari salah satu platform tertinggi di dunia.
Artikel Berkaitan: Lelaki Lengkap Dengan Pakaian Payung Terjun Maut Selepas Mendarat
Alami sesak nafas
Menerusi laporan Metro.Co.Uk, lelaki berusia 56 tahun itu dikatakan mengalami sesak nafas dan pengsan sejurus selepas melakukan terjunan dari pelantar 764 kaki di Menara Macau semalam.
Mangsa segera dibawa ke Hospital Conde S. Januário di Macau, tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.
Skypark sebagai pihak yang bertanggungjawab telah mengeluarkan satu kenyataan iaitu mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.
Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Keselamatan adalah keutamaan kami, dan setiap pelanggan tertakluk kepada prosedur keselamatan yang ketat.
Dalam kejadian semalam, pelancong itu mengikut semua keperluan keselamatan sebelum menaiki Bungy Jump.
Apabila kakitangan kami menerima berita bahawa dia berasa tidak sihat selepas mendarat, mereka segera memberikan pertolongan cemas dan menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.
Syarikat Skypark dikendalikan oleh AJ Hackett adalah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti termasuk lompat bungee di bangunan itu dengan dikenakan caj sebanyak 2,888 MOP (RM1,671) bagi setiap penerjun.
Syarikatnya bukan saja menjalankan lompat bungee di Cina, malah di Perancis, Singapura dan Australia.
Sekadar info, platform bungee di Menara Macau adalah yang kedua tertinggi di dunia.
Sumber: Metro.Co.Uk