

Tindakan seorang lelaki membeli makanan setiap hari untuk kucing jalanan telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Nabila Huda Kongsi Kisah Aoki Untuk Beri ‘Awareness’ Tentang Penyakit Haiwan
Artikel Berkaitan: Kucing Nabila Huda Mati Akibat Sakit Buah Pinggang – ‘Aoki Dah Tak Ada’
Kongsi rezeki
Menerusi perkongsian oleh seorang pengusaha restoran, Azrul Shah Mohd Isa di Facebook, lelaki berkenaan membeli ayam goreng setiap hari di premisnya.
Pelanggan ini beli 20 ke 30 ketul ayam goreng setiap hari.
Mula-mula dulu saya hairan juga kenapa dia tidak masukkan ayam dalam plastik bungkusan lauk, tapi dimasukkan terus ke dalam plastik beg.
Menurut Azrul, pelanggannya itu sanggup berbelanja untuk memberi makan kepada kucing di sekitar kawasan tersebut.
Rupa-rupanya ayam goreng itu untuk kucing-kucing jalanan yang ada di sekitar TTDI (Taman Tun Dr Ismail) dan Sungai Penchala.
Semoga Allah permudahkan dan perbanyakkan rezeki untuk orang-orang pemurah seperti pelanggan ini.
Komen netizen

Gambar sekadar hiasan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang insan yang berhati mulia.
Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan agar lelaki berkenaan sentiasa dimurahkan rezeki.
MasyaAllah, hebatnya orang pemurah ni. Semoga berpanjangan saham akhirat dia nanti.
Another level punya kebaikan, semoga di bawah payung rahmat Allah selalu.
Semoga tuan yang beli ayam goreng ni dalam lindunggan Allah dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Besar modal dia beli ayam untuk kucing. Maka besar la pahalanya asbab bersedekah untuk saham akhirat nanti. InsyaAllah.
Sumber: FB Azrul Shah Mohd Isa





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

