Pelari maraton terkenal, Mohd Syahidan Alias atau lebih dikenali sebagai Edan Syah telah berjaya memecah rekod Guinness World Records (GWR), pada Ahad lalu, di London, United Kingdom.
Artikel Berkaitan: Belanja 2 Juta & 350 Dron, Bulan Bintang Takes The Sky Catat Malaysia Book of Records
Artikel Berkaitan: Video Mat Kilau ‘Inspired’ Viral, Netizen Puji Dah Macam ‘Real’ Filem
Bulan Bintang Road to London
View this post on Instagram
Edan yang mewakili Malaysia dan Bulan Bintang berlari sejauh 42.2 kilometer (km) dengan catatan masa 2 jam 49 minit 22 saat sambil memakai persalinan lengkap Baju Melayu, samping dan songkok yang direka khas oleh jenama itu.
Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Edan di Instagram (IG) miliknya. Menurut Edan, sepanjang 11 tahun menyertai maraton, ini adalah kali pertama dia merakam sendiri momen berharga itu dengan menggunakan kamera 360.
Selain itu, Edan turut mengucapkan terima kasih kepada syarikat jenama tersebut yang telah menaja busana yang direka khas untuk dirinya.
Guna fabrik jersi & mesh
Sementara itu, ketua pereka fesyen Bulan Bintang iaitu Mas Anneesya, berkata, penghasilan baju melayu ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana berbeza dengan busana yang dijual di pasaran.
Baju Melayu yang direka khas ini menggunakan fabrik jersi dan mesh kerana ia ringan, breathable, airy dan tidak membebankan. Ia adalah untuk memastikan agar atlet dapat berlari pada momentum yang stabil selain tidak menjejaskan larian beliau.
Bagi rekaan seluar, Bulan Bintang menghasilkan seluar panjang dengan poket di sebelah kiri dan kanan serta pinggang elastik kerana praktikalitinya untuk larian jarak jauh. Invisible zip di bahagian buku lali yang ditutupi dengan kain juga direka dan diinovasi untuk mengelakkan kaki daripada lebam atau melecet selain memudahkan atlet untuk memakai kasut.
Lebih menarik lagi, reka bentuk samping bercetak yang dipakai Edan Syah mempunyai poket yang berfungsi untuk meletakkan gel tenaga untuk pelari dan botol air kecil. Bagi rekaan songkok pula, team Bulan Bintang masih mengekalkan rupa asal songkok dengan menggunakan fabrik baldu tetapi mengubahnya dengan meletakkan panel di atas songkok berserta fabrik mesh dengan saiz lubang yang lebih besar untuk membolehkan pengudaraan yang lebih banyak.
Terdahulu, pada 2019, Edan berjaya melakar rekod dunia baharu bagi larian maraton terpantas dalam kategori kostum bendera negara dengan masa 2 jam, 54 minit di Sydney Marathon.
Sumber: Sinar Daily, Instagram