berita

Pelawak Baru, Hos Baru, Bintang Bersama Bintang 2019 Bakal Bikin Malam Ahad Korang Lebih Meriah!

March 5th, 2019 | by Wan
Shout Out!

Rancangan popular Bintang Bersama Bintang (BBB 2019) kembali menghiburkan penonton TV3 setiap hari Ahad pada pukul 9 malam. Episod pertama yang disiarkan pada 3 Mac lalu menerima respon positif daripada penonton yang rata-rata terhibur dengan persembahan para peserta yang terdiri daripada pelawak terkenal tanah air.

BBB 2019 serba baru

Bintang Bersama Bintang 2019 menampilkan 5 pelawak popular tanah air antaranya Achey, Syuk, Chiwan, Mamak Puteh dan Sharif Zero. Selain perlu mempamerkan kreativiti dan kebolehan masing-masing, peserta BBB dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk memantapkan dan menyerikan lagi persembahan mereka.

Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan (ntv7) & Perolehan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Zurina Othman pujian harus diberikan kepada pelawak baru kerana berani menyahut cabaran bersaing bersama ‘otai’ BBB.

Kebolehan barisan pelawak baharu yang menyertai BBB pada tahun ini tidak harus diperlekehkan kerana mereka berani menyahut cabaran untuk bersaing dengan Achey dan Shuk yang sudah berpengalaman di pentas BBB ini

Juara BBB 2019 akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000. Format musim lalu masih lagi dikekalkan dimana pelawak yang mendapat markah tertinggi setiap minggu akan menerima RM10,000 sebagai ganjaran.

Mark Adam juri tetap

Jika tahun lalu Mark Adam dinobatkan sebagai juara BBB, tahun ini beliau digandingkan dengan Saiful Apek sebagai juri tetap. Dari segi pemarkahan, juri tetap bertanggungjawab menilai persembahan peserta sebanyak 50%, manakala 50% lagi menerusi undian penonton di www.xtra.com.my/BBB2019. Sementara itu Elly Mazlein diberi kepercayaan menjadi hos BBB 2019.

Para penonton boleh mengikuti perkembangan dan mengetahui aktiviti di sebalik tabir para peserta BBB 2019 melalui Komik Bintang Bersama Bintang pada setiap Ahad jam 6.00 petang diTV3.

BBB 2019 juga dapat disaksikan secara langsung di laman Youtube TV3Malaysia dan portal video tonton di www.tonton.com.my. Ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai BBB 2019.

SKIP THIS AD ×