Lambakan graduan kini membuatkan mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. Ada yang terpaksa mengganggur berbulan-bulan sehinggalah bertahun kerana tiada pekerjaan sesuai atau tidak memenuhi kriteria yang mereka inginkan.
Seorang lelaki bernama Norizan Sharif di laman Twitternya telah berkongsi apa yang perlu mahasiswa lakukan untuk persiapkan diri ke alam pekerjaan tatkala masih belajar lagi.
Majikan sangat memilih
30 tahun dulu, "mahasiswa" mudah dapat kerja. Graduan tak ramai. Hari ini, suasana berubah. Perebutan mendapat pekerjaan cukup kompetitif. Majikan sudah memilih. Apakah yang "mahasiswa" boleh lakukan untuk persiapkan diri tatkala masih belajar? Baca #thread ini.
— norizan sharif (@nobisha) February 13, 2019
Ada yang berpendapat graduan hari ini ramai yang memilih pekerjaan, nak gaji yang tinggi, tempat kerja yang selesa dan sebagainya. Tetapi, mereka tidak sedar bahawa diri mereka sendiri perlu bersiap sedia daripada pelbagai aspek untuk mudah mendapat pekerjaan kerana majikan hari ini juga sudah pandai memilih.
Kerjaya ditentukan oleh soft skill
Walaupun setiap sem anda mendapat ‘dekan’ tapi kemahiran soft skills tidak berapa nak mahir, belum tentu anda akan mudah dapat pekerjaan. Ini kerana, majikan bukan sahaja melihat kepada pencapaian malah mengambil penting soal kemahiran komunikasi dam skil teknikal yang lain.
Kat universiti kena aktif
Kalau kat sekolah anda seorang yang pasif, anda perlu berubah bila menganjak ke alam universiti. Jangan hanya pergi ke kuliah untuk belajar semata, seharusnya anda mengikuti setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Melalui aktiviti tersebut dapat meningkatkan kemahiran disamping membina keyakinan diri.
Rebut peluang pekerjaan pertama
Menurut Norizan, mahasiswa kini perlu membuat persiapan awal untuk mendapatkan pekerjaan sebaik anda melangkah ke alam universiti lagi. Sedarlah bahawa, tawaran pekerjaan yang pertama anda dapat adalah titik permulaan rezeki untuk melangkah ke alam pekerjaan.
Sumber: Norizan Sharif