Jika sebelum ini penyanyi Azharina mendedahkan dia pernah terkena sihir sehingga mengalami muntah berdarah yang teruk sehari sebelum konsert final Gegar Vaganza 3 yang disertainya pada tahun 2016.
Kali ini, pelantun suara ‘Elegi Sepi’ ini memberitahu kepada OhBulan! bahawa pembantu peribadinya telah melihat kelibat seekor ular di kawasan hadapan rumahnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azharina Dedah Muntah Darah Bersama Segumpal Rambut Sehari Sebelum Final GV3
Artikel Berkaitan: Azharina Sudah Serah 213 Senarai Lagu Untuk GV – ‘Semua Saya Boleh Nyanyi’
Nampak ular
Menurut Azharina, kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar pukul 5 petang dan disedari oleh pembantu peribadinya selepas pulang menghantar anak-anaknya pergi mengaji. Tambah Azharina, pada waktu itu juga dia tidak berada di rumah kerana perlu menghadiri kelas vokal bersama cikgu Shafi.
Masa kejadian, pembantu saya baru pulang ke rumah selepas hantar anak-anak pergi mengaji. Dia nampak ada seekor ular di kawasan longkang depan rumah. Terus dia bagitahu pengawal keselamatan. Masa itu, ular tersebut lalu di kawasan rumah jiran saya juga. Mereka terus telefon bomba. Pengawal keselamatan sempat ambil gambar ular.
Hampir dua jam pihak bomba cari ular itu tapi tak jumpa. Saya tanya ular dari mana? Mereka kata dari seberang (kawasan hutan) berhampiran rumah. Minggu ini ada juga dengar kes ular di kawasan perumahan saya. Saya terus keluarkan air dari kolam ikan rumah sebab takut dia tersumbat dalam kolam. Saya takut sebab dalam rumah ini ada anak saya dua orang.
Berbicara lebih lanjut, Azharina memberitahu dia berfikiran positif mengenai kejadian yang berlaku meskipun ramai yang mendakwa ianya petanda yang kurang baik.
Kita memang tak nak percaya pada benda-benda tak elok. Kita anggap benda ni positif sahaja. Sahabat saya suruh anggap ianya sebagai rezeki besar yang nak datang. Kalau ikut apa yang ditulis memang kita risau. Tapi saya lebih risau keselamatan anak-anak dan pembantu saya pada masa ini.
Sebab saya dah sibuk dan banyak kerja luar. Tinggal mereka sahaja di rumah. Jadi, saya nak kena cari belerang esok untuk pastikan tiada haiwan-haiwan seperti ular di kawasan rumah saya.
Terdahulu, Azharina turut mendedahkan dia sudah menyerahkan sebanyak 213 senarai lagu kepada pihak produksi untuk dinyanyikan di pentas All Stars Gegar Vaganza. Jelasnya, kesemua 213 lagu itu dia mampu untuk menyanyikannya.
Sekadar info, Azharina antara 10 nama bintang yang diumumkan bakal beraksi di All Stars Gegar Vaganza yang bakal bermula pada 24 September ini.
Selain Azharina, turut berentap ialah Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Noryn Aziz, Aishah, Cliff Umar, Hardy Mirza, Naqiu, Aliff Aziz, Jaclyn Victor dan lima lagi nama bakal diumumkan kelak.