berita

Pemilik Anjing Serang Wanita Didenda RM2000 Sebab Cuai

August 6th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini viral di media sosial satu rakaman video yang memaparkan seorang wanita digigit seekor anjing liar milik salah seorang penduduk di satu kawasan perumahan di Melaka. Menerusi laporan Utusan, pemilik anjing berkenaan telah pun ditahan pihak berkuasa dan dikenakan denda RM2000.

Didenda RM2000 atau dipenjara 6 bulan

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh telah menjatuhkan hukuman terhadap Liew Sea Hai selaku tertuduh kerana cuai sehingga menyebabkan anjing peliharaannya itu menyerang dan mencederakan seorang wanita. Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dan dia telah didakwa mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum enam bulan atau didenda sehingga RM2000 atau kedua-duanya.

Rantai besi pengikat putus

Anjing OKS (orang kena saman) juga telah dirantai tapi kecuaiannya pada hari itu adalah membiarkan pagar rumah itu terbuka.

Rantai besi yang mengikat anjing telah terputus menyebabkan ia lari keluar daripada rumah.

Peguam tertuduh, Surendaran Chelvarajah telah memohon mahkamah untuk mengurangkan hukuman. Tertuduh turut dikatakan telah merantai anjing peliharaannya cuma pada hari kejadian, pagar rumahnya tidak ditutup.

Pemilik tak ada lesen bela anjing

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan anjing berkenaan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk tindakan susulan. Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu telah mengesahkan bahawa pemilik anjing berkenaan tidak memiliki lesen memelihara anjing dan perlu dikenakan tindakan.

Sumber: Utusan

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×