berita

Pemilik McLaren Cerita Hal Sebenar, Opai Minta Netizen Hantar Nama Untuk Diampunkan ‘Dosa’

June 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nama suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang sekali lagi menjadi bualan ramai selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengesahkan nombor plat yang digunakan pada kenderaan jenis McLaren miliknya adalah bukan nombor sebenar.

Artikel Berkaitan: ‘Atas Jalan Raya Tak Pakai Nombor Plat QPA1’ – Opai

Artikel Berkaitan: McLaren Didakwa Bukan Milik Opai, Nombor Plat Daftar Atas Nama Orang Lain?

Bagaimanapun, Aliff atau mesra dengan sapaan Opai menafikan perkara tersebut dan berkata dia tidak menerima sebarang panggilan atau surat daripada pihak JPJ.

Jelasnya, dia juga tidak menggunakan nombor plat ‘QPA1’ pada kenderaanya sewaktu memandu kereta mewah itu di atas jalan raya dan hanya untuk tujuan merakam gambar sebagai kenangan bersama isterinya.

Opai dah beli

Dalam pada itu, memetik sebuah laporan tempatan, pemilik asal kenderean McLaren tersebut telah tampil menjelaskan hal sebenar dengan mendedahkan kereta terbabit sebenarnya sudah dibeli Opai pada November tahun lalu.

Bagaimanapun kata individu itu, proses penukaran pindak milik kenderaan masih lagi belum dibuat memandangkan masing-masing agak sibuk dengan urusan pekerjaan.

Jelasnya lagi, Opai bukanlah seperti yang digembar gemburkan netizen di media sosial kerana percaya dia seorang lelaki yang baik.

Kaunter maaf

Susulan itu, Opai menerusi kemas kini terbaharu di Instgarm Stories (IG Story) miliknya dilihat membuka ‘kaunter permohonan maaf’ kepada netizen yang bertindak mengecam dirinya.

Malah, Opai dilihat meminta nama penuh serta nombor kad pengenalan mana-mana individu yang ingin ‘diampunkan’ salah dan silap mereka.

Terdahulu, media sosial menjadi kecoh apabila timbul dakwaan mengatakan Opai menggunakan nombor plat pihak lain pada kereta McLaren yang dipercayai miliknya sewaktu bergambar dengan isterinya.

Pihak JPJ Kuala Lumpur juga mengesahkan bahawa nombor plat berkenaan bukan di atas namanya.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×