berita

Pemimpin Indonesia ‘Sound’ Agnez Monica, Desak Minta Maaf

November 28th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Kenyataan penyanyi popular Agnez Monica dalam sebuah rancangan, American Music Awards telah mengundang kontroversi. Penyanyi yang sedang membina nama di Amerika Syarikat itu disifatkan lupa diri apabila membuat pengakuan bukan berasal dari Indonesia. Agnez bagaimanapun telah membuat penjelasan berhubung isu ini.

Pemimpin masyarakat Indonesia iaitu Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Pegawai Khas Dewan Pengarah Badan Pembinaan Ideologi Pancasila (BPIP) turut memberi respon terhadap kenyataan lantang Agnez Monica.

I don’t have Indonesian blood

Kenyataan penyanyi popular Agnez Monica dalam sebuah rancangan, American Music Awards telah mengundang kontroversi. Penyanyi yang sedang membina nama di Amerika Syarikat itu disifatkan lupa diri apabila membuat pengakuan bukan berasal dari Indonesia. Agnez bagaimanapun telah membuat penjelasan berhubung isu ini.

Sebenarnya saya tidak punya darah Indonesia sama sekali. Saya sebenarnya keturunan Jerman, Jepang, China, saya hanya lahir di Indonesia. Dan saya juga seorang Kristen yang mana di Indonesia mayoritasnya adalah Muslim.

Bagaimanapun, keratan video dalam wawancara ini telah mendapat perhatian ramai di media sosial. Rata-rata antara mereka terguris dengan kenyataan dari penyanyi Matahariku itu terutamanya buat rakyat Indonesia.

Tapi lupa sama Indonesia

Terbaru, beberapa orang pemimpin masyarakat Indonesia daripada Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Pegawai Khas Dewan Pengarah Badan Pembinaan Ideologi Pancasila (BPIP) memberi respon terhadap kenyataan lantang Agnez Monica.

Seharusnya, dia tidak lupa di mana dia lahir, memulai karier hingga bisa go international. Masa tidak tahu diri seperti itu. Kehidupan yang layak dia dapat di Indonesia, ketenaran dia dapat di Indonesia, rezeki juga dia dapat di Indonesia, tapi lupa sama Indonesia.

Dia seharusnya berbangga

Sementara itu, Pegawai Khas Dewan Pengarah Badan Pembinaan Ideologi Pancasila (BPIP) iaitu Romo Benny Susetyo menegaskan penyanyi ini adalah orang Indonesia kerana dilahirkan di negara itu.

Dia seharusnya berbangga menjadi orang Indonesia meskipun mempunyai pelbagai keturunan. Kalau dia lahir di Indonesia, maknanya dia orang Indonesia.

Sumber: Astro Awani, CNN Indonesia

SKIP THIS AD ×