berita

Peminat Nasihat Nana Mahazan Kerana Kasut?

September 13th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-09-12 at 18.10.42

Sesiapa yang mengikuti Nana Mahazan di Instagram pasti dapat melihat perkembangan kehamilannya yang kini dipercayai sudah memasuki usia 25 minggu.

Namun sekali pandang, pasti ada yang menyangka Nana tidak mengandung kerana susuk tubuhnya yang ramping dan masih kekal bergaya.

Bercakap soal gaya, baru-baru ini Nana telah berkongsi beberapa keping fotonya memakai sepasang kasut tumit tinggi yang cantik untuk menghadiri sebuah majlis.

Screen Shot 2013-09-12 at 17.28.41

SC20130912-173740

Foto itu bagaimanapun telah menarik perhatian peminat Nana yang risau apabila melihat selebriti ini memakai kasut tumit tinggi walaupun sedang hamil.

Kalau mengikut nasihat orang yang berpengalaman, ada yang kata kasut tumit tinggi tidak elok dipakai ibu-ibu hamil kerana bimbang terjadi sesuatu yang boleh menjejaskan kandungan.

Walaupun begitu, Nana nampaknya mempunyai alasan tersendiri dengan menyatakan dia lebih banyak duduk di majlis tersebut daripada berjalan.

Screen Shot 2013-09-12 at 17.30.44

Mungkin Nana telah merujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum memakai kasut berkenaan. Siapa tahu, kan? Apapun, mari lihat beberapa keping foto terbaru Nana di bawah ini.

SKIP THIS AD ×