berita

Netizen Saran Hanez Suraya Kerja Kilang Atau Kerani

October 10th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

SIDANG-MEDIA-CINTA-TANPA-SEMPADAN-11

Sejak kontroversi bercinta dengan suami orang tersebar luas, bayang Hanez Suraya seakan-akan sudah semakin hilang dari industri hiburan tanah air.

Pelik juga kami bila kelibat Hanez langsung tak kelihatan di mana-mana drama atau telefilem. Sedangkan sebelum ini, ada juga yang mengatakan Hanez pelakon berbakat.

Rupa-rupanya, Hanez semakin kurang mendapat tawaran berlakon. Semuanya disebabkan stesen televisyen tak mahu mengambil risiko kerana bimbang akan memberi kesan kepada rating sesebuah drama.

Screen Shot 2014-10-09 at 4.56.01 PM

Hmm, tapi nak buat macam mana kan. Kontroversi itu dicipta oleh Hanez sendiri. Namun, bila difikirkan kembali, kesian pun ada dengan nasib Hanez ni.

Menurut laporan sebuah akhbar minggu lalu, Hanez mengakui perasaan rindu untuk kembali ke lokasi penggambaran semakin menebal dan meminta dirinya diberikan peluang kedua.

Nampaknya tak semudah itu untuk Hanez kembali berlakon. Masih ramai lagi yang terkesan dengan kontroversi membabitkan Hanez, Romi dan liyana Manan.

Kalau korang nak tahu, luahan hati Hanez itu menerima kritikan yang sangat pedih! Kalau kami dah duduk melalak dalam bilik dah kena kritik macam tu.

Mana taknya, sampai ada yang suruh Hanez kerja kilanglah, jadi keranilah, macam-macam lagilah. Ya, benar kata orang, sekali tersalah langkah, sampai bila-bila pun orang akan bercakap.

hanez

Siap ada yang mencadangkan nama tempat-tempat yang memerlukan khidmat pekerja. Adoi, macam-macam akal keyboard worrior ni. Simpati kami pada Hanez, tapi bila baca komen tersebut, terasa lucu pun ada. Hehe.

Apapun, kami pasti jika ada rezeki gadis ini, pasti dia akan kembali. Tak lari gunung dikejar. Betul tak?

Kredit Foto : Instagram Hanez Suraya

SKIP THIS AD ×