berita

Wanita Ini Sebak Duit RM10 Pemberian ‘Terakhir’ Ayah Dipulangkan, Ini Kisahnya…

December 2nd, 2019 | by Amat
Kini Trending

Viral di media sosial sebuah posting yang dimuatnaik pengguna Facebook Hyza Ezany mencari pemilik asal kepada sekeping wang bernilai RM10. Perkongsian itu telah mendapat lebih 24ribu dan netizen turut membantu mencari tuan empunya wang yang tertulis nota khas ini.

Wang kertas RM10 itu tertulis nota “The last cash given by dad on 21/5/2010. Friday 7.10am. I love you, dad“. Individu ini percaya bahawa sekeping wang itu sangat bermakna kerana ini adalah pemberian terakhir dari seorang ayah kepada anaknya.

Sebak bila baca ayat ini

Akhirnya, pemilik wang kertas RM10 ini telahpun ditemui dan diserahkan kembali kepada Anne Malar Yesudass. Dia menerusi akaun Facebook peribadinya turut meluahkan ucapan terima kasih kepada Hyza Ezany kerana telah mengembalikan wang ini kepadanya. Anne Malar memberitahu selama ini dia mencari duit itu setelah dompetnya dicuri pada 1 September 2018 di sebuah kem di Melaka.

Wang ini diberikan ayah pada 21 May 2010

Menurut Anne Malar, dia telah berjaya bertemu dengan Hyza Ezany untuk mendapatkan wang bernilai RM10 darinya. Dia turut meluahkan rasa berterima kasih yang tidak terhingga kerana telah membantu mengembalikan wang itu. Tambahnya, wang itu amat memberi makna buat dirinya kerana RM10 itu pernah diberikan ayahnya pada tarikh 21 May 2010, ketika dirinya berusia 17 tahun.

Ayahnya telah memberi wang ini ketika menghantar ke sekolah pada 7.10 pagi. Lebih menyedihkan lagi, itu adalah hari terakhir dia melihat ayahnya. Mendiang ayahnya itu terlibat dalam kemalangan pada hari tersebut hingga meragut nyawa. Dia menyimpan wang RM10 itu di dalam dompet sejak kejadian itu. Malang sekali, dompet miliknya itu telah dicuri ketika menghadiri sebuah kem di Melaka pada 1 September 2018.

Sumber: Anne Malar Yesudass, Hyza Ezany

SKIP THIS AD ×