berita

[PENDAPAT] Kenapa Guna Yang Fake Kalau Boleh Dapat Yang Original?

March 20th, 2015 | by Wan
Make-It-Senang

fakeip

Macam mana korang boleh beza tak antara Iphone tiruan dan original? Cuba kalau tak ada perkataan real dan fake itu mesti korang tak boleh beza. Sekarang ini banyak betul barang tiruan yang dijual di pasaran kan? Paling ketara smartphone lah.

fkpineng

Dah nama pun tiruan, tak ada kualiti dan silap hari bulan boleh meletup! Dah ada smartphone, kena ada powerbank pula. Tapi powerbank pun banyak tiruan! Sebagai pengguna, kita kena lah peka dengan semua ini. Nak ke duit hasil titik peluh kita bekerja ditipu oleh pihak tak bertanggungjawab? Malah boleh memudaratkan kesihatan.

ok

Sekali pandang rokok dekat atas macam rokok biasa yang selalu kita tengok dekat kedai kan? Tapi sebenarnya korang silap sebab ini adalah rokok seludup yang dijual bersama denga rokok sah di pasaran! Tengok dengan mudahnya kita tertipu.

Kami perasan kebelakangan ini rokok seludup banyak dijual dan sungguh mudah untuk didapati serendah RM3! Lebih parah rokok ini dijual hampir di semua kedai runcit tak kisah lah dekat kedai runcit Raju ke, Ah Chong, atau Ahmad sekalipun.

Tapi korang tahu tak sebenarnya rokok seludup ini jauh lebih merbahaya berbanding rokok yang telah mendapat kelulusan daripada kerajaan?

Jadi, kalau ada suami, abang, sanak saudara, atau kawan yang hisap rokok seludup, kami sarankan korang share artikel yang bakal menjelaskan tentang bahaya rokok seludup ini. Ya, ia tanggungjawab korang!

Awas! Pendedahan Hasil Kajian Ini Mungkin Membawa Maut

sel

Kami yakin pendedahan Universiti Malaya (UM) menerusi kajian yang dilakukan mereka ini bakal mengejutkan korang. Tarik nafas panjang!

Sukar untuk dipercayai tapi ini lah realitinya, kandungan bahan kimia di dalam sebatang rokok seludup 3 kali ganda lebih tinggi berbanding rokok sah. 3 kali ganda kot, gila tinggi!

Itu satu hal, lebih merbahaya kandungan tar dan nikotin di dalam rokok seludup sebenarnya lebih tinggi. Dan…..mungkin telah dicemari bahan kimia.

Iyalah dah nama seludup, murah pula itu, mesti cara nak proses pon ala kadar. Entah apa-apa je dia letak dalam rokok seludup itu siapa tahu kan?

Jenis-Jenis Rokok Seludup Yang Paling Merbahaya

seludup1

Korang mesti alami kesukaran nak bezakan antara rokok seludup dengan rokok yang sah kan? Mula-mula kami pun alami masalah sama tapi lepas google sikit, tak susah nak bezakan.

Antara jenama rokok seludup yang famous dekat Malaysia ialah John, Surya Gudang Garam, Nusantara Gudang Garam, Sampoerna, L.A. Lights dan Nusantara Menthol.

Jadi elakkan lah beli rokok-rokok dengan jenama di atas. Bukan apa, contohnya Surya Gudang Garam mengandungi lebih daripada 45mg tar dalam setiap batang rokok. Padahal yang ditetapkan 15mg je. Benda bila dah above limit, sah-sah lah bahaya kan.

Risiko Kematian Sangat Tinggi

asapke

Kami sarankan korang tegurlah kalau ada ahli keluarga terdekat atau kawan-kawan yang hisap rokok seludup. Dah lah tar dan nikotin tinggi, boleh buat ketagihan melampau seterusnya undang risiko kematian.

Apa yang lebih membimbangkan ialah peningkatan perokok remaja disebabkan harga rokok seludup yang sangat murah dan mudah untuk diperolehi. Mak bapa bagi duit untuk belanja dekat sekolah tapi rokok juga yang dibelinya, RM3 je kot sekotak.

bdk

Jadi mulakan tanggungjawab korang sebagai warga prihatin. Pantau dan laporkan pada pihak berkuasa sekiranya ada kedai runcit yang menjual rokok seludup secara berluasa sehingga boleh mengundang risiko maut kepada ahli keluarga kita.

Kenapa beli yang fake kalau boleh dapat yang original?

SKIP THIS AD ×