berita

Pendengar Setia Hot FM Bawa Pulang Myvi

October 5th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Pendengar bertuah Hot FM, Divagaar a/l Siva dari Klang telah berjaya memenangi sebuah kereta Myvi pada cabutan kedua kunci Hot FM Roda & Ringgit yang berlangsung pada bulan lalu.

Terus menyokong Hot FM

Seramai 52 orang pendengar telah berjaya melayakkan diri ke Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit. Tetapi yang layak ke peringkat akhir adalah seramai 10 orang pendengar saja. Mereka layak selepas berjaya menjawab soalan yang telah diberikan dan terpilih daripada 52 orang keseluruhan peserta.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran menerusi satu kenyataan mengucapakan terima kasih kepada pendengaR setia yang telah menyertai Hot FM Roda & Ringgit

Tahniah kepada pendengar yang terpilih kerana berjaya memenangi sebahagian daripada RM10,000 dan pemenang utama Divagaar a/l Siva yang telah berjaya memenangi sebuah kereta Myvi. Kami berharap para pendengar akan terus menyokong dan mengikuti perkembangan Hot FM selepas ini. Juga, pastikan anda muat turun aplikasi Audio+ untuk peluang menang hadiah menarik di kempen akan datang di Hot FM bermula 27 September ini.

Pendengar yang terlepas untuk menyertai Hot FM Roda & Ringgit, kini boleh menyertai kempen Hot FM Kotak Xiaomi yang merupakan kempen inisiatif Hot FM bersama Xiaomi Malaysia. Menerusi kempen ini, pendengar berpeluang untuk memenangi pelbagai barangan menarik daripada Xiaomi Malaysia dan sebahagian daripada RM60,000. Klik sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai kempen ini

SKIP THIS AD ×