berita

Penduduk Terkejut Jumpa Mayat Wanita Berbungkus Dalam Guni Di Bawah Jambatan

August 30th, 2023 | by Alia
Kini Trending

mayat bawah jambatan

Foto: Tribun News

Pihak polis sedang memburu seorang lelaki susulan penemuan mayat isterinya di bawah sebuah jambatan dalam keadaan berbungkus di dalam guni.

Artikel Berkaitan: Mayat Gadis Dengan Pakaian Seragam Pengakap Ditemui Terapung, Badan Diikat Dengan Batu

Artikel Berkaitan: Mayat Doktor Wanita Ditemui Bogel, Muka Ditoreh & Disumbat Dalam Beg Pakaian

Tak tahan didera

meninggal dunia

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Tribun News, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada Jumaat lalu di Dumai, Sumatera di Indonesia.

Penemuan mayat berkenaan adalah berikutan penduduk setempat menghidu bau busuk dari jambatan tersebut.

Identiti mayat dikenal pasti sebagai Kartini yang didakwa menjadi mangsa pembunuhan suami dan dua anak tirinya.

Susulan itu, polis berjaya menahan dua anak tiri mangsa yang berusia 12 dan 14 tahun namun suaminya sempat melarikan diri.

Menurut Ketua Polis Dumai, AKBP Dhovan Oktavianton melalui Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Dumai, AKP Bayu Ramadhan Effendi, menjelaskan bahawa hasil siasatan awal mendapati suspek sengaja membunuh mangsa kerana tidak tahan didera.

Berdasarkan pengakuan kedua-dua suspek, wanita tersebut melarang mereka ke sekolah selain turut dipaksa bekerja.

Dalam masa yang sama, mangsa berusia 41 tahun itu juga selalu bertindak ganas terhadap bapa mereka.

Justeru itu, bapa kepada dua remaja tersebut didakwa nekad membunuh isterinya dan kini menjadi suspek utama bagi kes pembunuhan tersebut.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×