berita

Penerbangan Tertangguh Kerana Pilot Overweight? Pilot Ini Jawab Dakwaan Kevin Zahri

August 1st, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

ohbulankevinpilot1

Sebut sahaja nama Kevin Zahri pasti ramai yang kenal. Beliau yang merupakan seorang selebriti fitness dengan pengalaman lebih 10 tahun mempunyai pengikut yang sangat ramai. Nak kurus cari dia lah!

Dua hari yang lepas semasa mahu ke Brunei, kapal terbang yang bakal dinaiki beliau lambat dan tidak berlepas seperti yang dijadualkan. Dia pun tweet lah, mungkin kurang berpuas hati.

Tapi part paling best bila pilot ‘otai’ sendiri yang reply. Tu dia!

Co-pilot lewat

Screen Shot 2016-08-01 at 1.42.11 AM

Penerbangan yang lewat 30 minit itu dakwa Kevin kerana kelewatan co-pilot yang berat badannya overweight, datang berlari dalam keadaan berpeluh.

Jawapan balas dari Pilot sendiri

Screen Shot 2016-08-01 at 1.45.57 AM

Tweet tersebut menarik perhatian juruterbang Johan Farid Khairuddin yang juga merupakan seorang selebriti TV dan DJ. Dakwanya pilot terbabit mungkin menerima tugasan saat akhir bagi menerbangkan kapal terbang itu.

Iyalah mana tahu last minute kena gantikan pilot lain yang sakit, mc atau sebagainya. Siapa tahu kan? Berikut respon netizen.

Screen Shot 2016-08-01 at 1.53.43 AM

Screen Shot 2016-08-01 at 11.57.17 AM

Menerusi tweet terbaru Kevin, dia memohon maaf dan dakwanya tiada niat mahu menyinggung perasaan sesiapa. Ketika ini nama Kevin sedang trending di Twitter dan ramai menganggap tindakan tersebut sebagai keterlaluan dan tidak sepatutnya diungkapkan.

Screen Shot 2016-08-01 at 11.51.37 AM

Sumber  : JFK, Kevin Zahri

SKIP THIS AD ×