Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan Covid-19 telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5:13 pagi tadi di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaaan Malaysia UKM.
Artikel Berkaitan: Siti Sarah Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: Shuib Gagal Tahan Air Mata, Oksigen Siti Sarah Turun 40
Berita sedih itu dikongsikan oleh suaminya, Shuib di akaun Instagram (IG) miliknya.
Rakan artis luah rasa sedih
Mula menceburkan diri dalam dunia hiburan sejak tahun 2002 lagi, pemergian anak seni yang cukup berbakat ini, Siti Sarah Raisuddin mengejutkan ramai termasuklah dalam kalangan rakan artis. Rata-rata daripada mereka meluahkan rasa sedih dan menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga terutamanya buat suami dan anak-anak Allahyarham.
Bagi penggiat seni dan rakan selebriti, Allahyarham Siti Sarah bukan sahaja dikenang sebagai anak seni yang memiliki bakat luar biasa, malah dikenang sebagai saudara, kakak dan adik yang sangat penyayang dan dikasihi.
Salam takziah
‘Allah lebih sayangkan Siti Sarah’
Terdahulu, Siti Sarah dan Shuib sekeluarga positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka dijangkiti wabak tersebut. Lebih menyedihkan apabila ibu kepada empat cahaya mata itu belum sedarkan diri dan masih bertarung nyawa selepas ‘ditidurkan’. Pada 7 Ogos lalu, Siti Sarah selamat melahirkan bayi keempatnya yang diberi nama Ayash Affan secara pembedahan. Semalam, Shuib berkongsi keadaan isterinya yang kritikal apabila paras bacaan oksigen jatuh ke paras 40 peratus.
Sumber: Instagram