Penyanyi, Sissy Imann turut merasakan perasaan yang sama dengan Azharina susulan persembahan di pentas Gegar Vaganza 10 Ahad lalu mendapat kritikan hebat daripada pihak juri.
Artikel Berkaitan: Azharina Menangis Bukan Sebab Komen Juri – ‘Saya Bersalah Dengan 4 Orang Guru’
Artikel Berkaitan: Azharina Sudah Serah 213 Senarai Lagu Untuk GV – ‘Semua Saya Boleh Nyanyi’
Rasa kecewa yang sama
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG), Sissy berkata sebagai seorang penyanyi sudah semestinya akan berasa kecewa jika persembahan yang dilakukan tidak seperti yang diharapkan disebabkan kesilapan sendiri.
Saya tak tahu apa yang sebenarnya berlaku di Gegar Vaganza semalam (Ahad), tapi ternampak video tadi. Bila Kak Nina (Azharina) menangis, saya memahami.
Inilah yang orang tak tahu sebenarnya. Tak semua orang faham bila kita nampak sedih selepas persembahan bukan seperti apa yang dikomen. Tetapi sebab rasa sedih dah kecewakan guru-guru kita yang kadang bersengkang mata bantu kita supaya kita tampilkan yang sehabis baik, kita jadi hiba atas kekhilafan diri kita di atas pentas.
Namun adakah itu membuatkanya lemah? Tidak sama sekali.
Dalam pada itu, pelantun lagu Bebas ini percaya bahawa Azharina telah pun membuat persiapan rapi untuk persembahan pada malam itu namun pandangan juri tetap perlu diambil berat.
Bagaimanpun, dia tetap berasa bangga dengan kerja keras yang telah dilakukan Azharina.
Pastinya pendapat juri perlu dihormati, tetapi segala yang berlaku di atas pentas bukanlah semberono. Sebagai penghibur, setiap tindakan kita di atas pentas lagi-lagi bila pertandingan macam ini, pastinya datang dengan persiapan yang teliti.
Muzik adalah sangat subjektif, interprestasi setiap penghibur adalah berbeza. Pendapat orang yang mendengar juga berbeza-beza. Saya pasti awak dah lakukan yang terbaik kakak!
Terdahulu, Azharina menerima komen yang kurang baik daripada barisan juri berikutan persembahan lagu Sayang Disayang yang didendangkannya pada minggu ketiga pertandingan itu selain dia turut berasa bersalah dengan guru-guru yang membimbingnya.
Sekadar info, ketika menyertai program Famili Duo musim kedua, Sissy pernah menangis susulan menerima komen yang dilemparkan Mas Idayu.
Sumber: Instagram Sissy Iman