Foto: YouTube
Seorang Penganalisa Politik, Dr Sharifah Syahirah Syed Sheikh dalam satu wacana anjuran Sinar Harian memberitahu lelaki tidak seharusnya takut sekiranya negara ini mempunyai perdana menteri wanita.
Menerut beliau, walaupun negara kita mempunyai perdana menteri wanita, ianya tidak bermakna Malaysia telah ‘ditakluki’ oleh wanita.
Artikel berkaitan: Wanita Kedua Raih Gelaran ‘Tun’ Di Malaysia, Ini Kisah Hidup Srikandi Negara Tun Rahah
Artikel berkaitan: Perkasakan Dirimu Wanita, Ini Tips Pakar Kesihatan & Kecergasan Untuk Kekal Sihat Dan Aktif!
Artikel berkaitan: Live Pukul 3 Pagi Jual Bundle Harga RM1, Wanita Ini Sebak Bila Ramai ‘Support’
Malaysia bakal ada PM wanita?
Foto: SINAR HARIAN
Beliau yang hadir selaku panelis dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-237 bertajuk ‘Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia: Realiti Atau Fantasi’ itu turut mengambil contoh beberapa negara luar yang kini mempunyai perdana menteri wanita.
Setelah 64 tahun merdeka, saya melihat negara ini juga sedang menuju ke arah mempunyai perdana menteri wanita.
Namun budaya yang dibawa sejak dari dulu lagi dilihat sebagai ‘penghalang’ untuk wanita pada hari ini lebih menyerlah atau diberi kepercayaan memimpin.
Apa yang sekarang ini berlaku, sememangnya kita ada peluang tapi terdapat (masalah dalam) budaya patriarki yang mengagungkan kepimpinan bapa berbanding wanita
Contohnya, apabila kita mempercayai bahawa wanita tidak sesuai menjadi perdana menteri, ini sebenarnya kita masih terpengaruh dan dijajah oleh pemikiran dahulu.
https://www.facebook.com/87363369882/videos/255476652840601
Sumber: Sinar Harian