berita

Pengarah Drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ Terima Ugutan Bunuh, Jawab Isu ‘Ending’ Kurang Menarik

March 17th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pengarah drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ iaitu Shuhaimi Lua Abdullah, memberitahu bahawa dia menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenalinya. Di samping itu, dia turut menjawab dakwaan netizen yang menyifatkan episod akhir drama tersebut kurang menarik.

Artikel berkaitan: ‘Kenapa Pian Mati!’ – Netizen Persoal Penamat ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’, Ada Sambungan?

Artikel berkaitan: ‘Penat Je Berlakon, Lepas Itu Kena Delete’ – Sharifah Sakinah Kecewa Adegan Seram Dipotong

Artikel berkaitan: ‘Kalau Betul Awak Cintakan Saya, Jilat Tapak Kaki Saya’ – Penonton Geram, Makin Meluat Dengan Laila

Terima ugutan bunuh

Menerusi laporan Harian Metro, Shuhaimi memberitahu bahawa dia menerima ugutan bunuh daripada seorang individu. Jelasnya lagi, ugutan tersebut memang benar berlaku dan ianya bukan direka untuk meraih perhatian orang ramai. Susulan daripada itu, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya masih menerima ugutan yang sama.

Berbicara mengenai ‘ending’ drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’, sebagai pengarah dia tidak boleh memuaskan hati setiap penonton yang mengikuti perjalanan drama itu dari mula hingga akhir. Jelasnya, isu tersebut cukup subjektif bagi dirinya.

Kenalah ingat, ini adalah percubaan pertama saya menghasilkan drama genre seram untuk slot Samarinda TV3. InsyaAllah drama seperti ini akan membuka lembaran baru dalam dunia drama Melayu. Saya menasihatkan peminat drama tempatan agar jangan terlalu emosi. Kita tak boleh nak ikut dan puaskan semua hati kerana jalan ceritanya memang sebegitu.

Di media sosial, rata-rata netizen mahukan Rai (Nadia Brian) dan Pian (Atiq Azman) bersatu hingga ke akhir hayat. Di samping itu, penonton turut mempersoalkan kenapa Laila (Sharifah Sakinah) meninggal dunia dan kemudian menjelma sebagai hantu. Ujar Shuhaimi, ada kewajaran skrip cerita drama ini ditulis sedemikian.

Tak boleh puaskan hati semua pihak

Contohnya, kifarah buat Ezlan (Datuk Adi Putra) adalah semasa dia di dalam pengaruh sihir Laila dan Cik Embun (Lana Nodin) sudah cukup memadai. Malah, pelbagai perkara yang Laila buat pada Ezlan dan keluarganya kerana ‘watak jahat’ seperti Ezlan juga perlu diberikan pengajaran dan masa untuknya bertaubat.

Pian pula meninggal dunia kerana jika ada tiga cinta, satu mesti merana. Itu adalah lumrah alam yang kita tak boleh nafikan lagi, meski watak Pian itu terlalu meninggalkan kesan sehingga ada penonton yang menangis.

Mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi ‘kematian’ Laila, Shuhaimi berkata jasadnya tidak diterima bumi, manakala rohnya tidak diterima langit. Ini kerana, Laila telah menyekutukan Allah. Apabila sudah mati, rohnya hanya bergentayangan dan akhirnya menjelma sebagai hantu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×