Gambar sekadar hiasan
Akibat melanggar dua anggota polis yang cuba menahannya di tepi jalan, seorang pengedar dadah maut ditembak pihak polis di Jalan Plum Oil Industrial Cluster (POIC) Phase 2, pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: 2 Pegawai Polis Antara Enam Mangsa Terkorban Dalam Tragedi Tembakan Di Queensland
Artikel Berkaitan: Lelaki Maut Diserang Babi Hutan
Syabu, pedang samurai antara dirampas
Foto: Kosmo
Memetik laporan Kosmo, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bertindak menahan sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu suspek pada jam sekitar 11.45 pagi.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad mengesahkan bahawa suspek yang ditembak itu disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah.
Sewaktu hendak ditahan untuk pemeriksaan, suspek secara tiba-tiba mengundurkan keretanya dengan agresif dan melanggar salah seorang anggota dalam pasukan serbuan terbabit.
Suspek kemudiannya membuat pusingan U dan memecut kereta dipandunya dengan melawan arus dan turut melanggar seorang lagi anggota dalam pasukan yang cuba menghalang lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, anggota berkenaan sempat melepaskan tembakan ke arah kereta suspek bagi tujuan mempertahankan diri sebelum dilanggar.
Dr Rohan turut memaklumkan bahawa suspek yang berusia 27 tahun itu kemudiannya didapati tidak sedarkan diri dan terbaring di bahagian tempat duduk penumpang sebelah kiri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Suspek memecut kereta dipandunya kerana cubaan melarikan diri daripada ditahan oleh pasukan serbuan dan kemudian dilihat terbabas pada jarak 400 meter dari tempat kejadian.
Pemeriksaan lanjut polis merampas dadah disyaki syabu seberat 7.45 gram bernilai RM1,490, dua samurai dan kereta Perodua Viva.
Kes membabitkan suspek berusia 28 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba bunuh dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan pengedaran dadah jenis syabu.
Sumber: Kosmo