berita

Pengeluar Karpet Kereta Tempatan, TRAPO Lepasi Pemilihan Endeavor Malaysia

September 30th, 2021 | by Wan
Teknologi

Pengeluar karpet jenama tempatan, TRAPO telah berjaya melepasi Panel Pemilihan Tempatan Endeavour Malaysia anjuran bersama Endeavor Filipina. Dalam acara itu, 6 panel bertindak menemuduga dan memilih peserta yang akan mara ke Pemilihan Peringkat Antarabangsa.

Produk terbaik untuk pelanggan

Bukan sahaja terkenal di Malaysia, TRAPO juga telah meluaskan pasaran ke peringkat Asia dan menjadi jenama karpet kereta pilihan di Singapura dan Indonesia. Pada 2020, TRAPO telah memperkenalkan rangkaian produk penjagaan kereta di bawah jenama Oxtra, antaranya pembersih udara kereta, pencuci anti-bakteria dan banyak lagi.

Bercakap lebih lanjut, pengasas TRAPO, Tzong dan Zara Lee teruja untuk mengembangkan jenama TRAPO dengan bantuan dan sokongan daripada Endeavor Malaysia.

Pada permulaan perniagaan ini, cabaran kami ialah untuk mendidik orang ramai untuk menukar daripada karpet jenis gegelung kepada karpet TRAPO yang diperbuat daripada bahan bermutu tinggi seperti ‘virgin polymer, eva form manufacture dan recycled polymer’.

Kami menghabiskan masa selama dua tahun untuk menghasilkan karpet TRAPO, mendidik pengguna dan memastikan pelanggan puas hati dengan produk yang ditawarkan.

Potensi lebih besar

Antara panel yang terlibat pada sesi kali ini ialahf Gaurav Bhasin (CEO Malaysia and Chief Strategy Officer of Carousell Group), Rodney Wong (CEO of Munchy’s), See Wai Hun (CEO dan Co-Founder of JurisTech), Billy Valtos (Managing Director of Tao Corporation), Roshini Bakshi (Managing Director of Everstone Capital Advisors) dan Bobbit Panlilio (Chairman of JP Morgans Philippines).

Sementara itu, Co-founder dan CEO of JurisTech, Wai Hun menyifatkan Tzong dan Zare telah mencapai kejayaan setelah berjaya menukar lebihan buih kepada produk yang menguntungkan sehingga memiliki lebih 150 pekerja di 3 negara.

Dengan bimbingan yang tepat daripada Endeavor, TRAPO mempunyai potensi yang lebih besar untuk berkembang.

 

SKIP THIS AD ×