berita

Pengkid Kacau Jurujual Wanita, Mahu Peluk Sampai Kejar Masuk Dalam Kedai – ‘Ini Gangguan Seksual’

August 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pengkid Peluk

Tular baru-baru ini sebuah video yang memaparkan seorang jurujual wanita yang didakwa diganggu oleh seorang wanita berperwatakan lelaki atau pengkid.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tok Kadi Mana Pula Yang Boleh Nikahkan Aku?’ – Enot Bersumpah Atas Nama Ibu, Nafi Kahwini Pengkid

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Kau Mati, Aku Uruskan Sampai Liang Lahad’ – Didie Alias Sedih Rakan Baik Kembali Jalin Hubungan Songsang?

Cuba untuk peluk

Pengkid Peluk

Menerusi ciapan di Twitter, kelihatan pengkid yang memakai jaket berwarna merah dan berambut perang itu sedang berbual-bual dengan jurujual wanita di sebuah kedai barang kemas.

Saya suka kacau amoi sebab dia takut dengan saya.

Tidak lama kemudian, jurujual yang dilihat kurang selesa tersebut cuba untuk mengelak namun pengkid berkenaan mengejar dan memaksa untuk memeluknya.

Respon netizen

Pengkid PelukPengkid PelukPengkid Peluk

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menyifatkan tindakan pengkid tersebut sebagai gangguan seksual walaupun dia adalah seorang wanita.

Dalam pada itu, mereka juga menasihati mangsa untuk tidak teragak-agak membuat laporan polis dengan segera.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×