berita

Pengulas Fesyen Akhirnya Buka Mulut, Nafi Kutuk Orang Gemuk

April 18th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Pelbagai spekulasi netizen terhadap kenyataan yang dibuat pengkritik fesyen tersebut sehingga menjadi trending #60kg di media sosial.

Kini, Zaihani Zain buka mulut dan menjawab segala kecaman terhadap kenyataan tersebut yang menyifatkan netizen salah erti dalam mentaksir status di Facebook miliknya itu.

Netizen salah taksir

Status ini dimuat naik pada laman Facebook miliknya sendiri tempoh hari. Ianya menyifatkan individu melebihi berat 60 kg tidak digalak untuk masuk menyaksikan peragaan. Hal ini kerana paha yang besar dapat menganggu keselesaan individu lain semasa duduk.

No body shaming!

Menurut Gempak, pengkritik fesyen ini menggulaskan status Facebook itu adalah sekadar keluhan pengalaman yang dialaminya sehingga mengundang ketidakselesaan semasa menyaksikan peragaan.

Saya tidak menujukan status tersebut kepada sesiapa, menasihati atau menegur mana-mana pihak. Apatah lagi untuk mengutuk individu yang memiliki berat badan berlebihan. No body shaming!. Saya berkongsi keluhan saya di Facebook dan berkongsi kepada kenalan rapat sahaja. Malangnya, status itu disalah ertikan dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dia memberitahu berat badan 60 kg itu ditujukan secara anggaran jisim badan lelaki yang duduk bersebelahan dengannya pada acara tersebut.

Jadi, 60 kilogram itu sebenarnya satu penjelasan betapa besarnya saiz badan dia berbanding saya yang hanya 50 kilogram. Lelaki itu duduk terkangkang hingga mengganggu ruang duduk saya, jadi saya rasa kurang selesa.

Tidak sangka viral

Untuk menegurnya pada waktu itu saya rasa kurang sesuai, jadi saya berkongsi keluhan itu di Facebook sahaja. Tidak sangka pula status itu disalah ertikan dan menjadi viral.

Dia juga tidak teragak-agak menegur sekiranya individu tersebut adalah rakannya. Malah, situasi demikian sering kali berlaku setiap kali menghadiri acara besar seperti pertunjukan fesyen.

Credit: Gempak

SKIP THIS AD ×