berita

Peniaga Bazar Ramadan Guna Telefon Bimbit, Pakai Perhiasan Diri Akan Didenda

May 7th, 2019 | by Wan
Kini Trending

Isu kebersihan makanan di bazar Ramadan antara topik hangat yang sering dibincangkan setiap kali tiba bulan Ramadan. Beberapa laporan seperti keracunan makanan yang dilaporkan pada tahun-tahun sebelum ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada peniaga agar mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Sebagai contoh di Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil 1,500 sampel makanan secara rawak dari 61 tapak Bazar Ramadan di seluruh ibu kota untuk tujuan pemeriksaan kesihatan. Ini bagi memastikan makanan yang dijual bersih dan selamat.

Boleh kena denda

Sementara itu di Pulau Pinang, peniaga bazar Ramadan yang menggunakan telefon bimbit, memakai jam tangan dan perhiasan diri ketika mengendalikan makanan boleh dikenakan denda.

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Ku Nafisah Ku Ariffin, tindakan tegas akan diambil kerana mereka gagal mematuhi peraturan berkaitan aspek pemakaian dan penjagaan kebersihan yang ditetapkan.

Kompaun tahun lalu tinggi

Untuk rekod, pada tahun lalu sebanyak 128 notis membabitkan nilai kompaun sebanyak RM18,200 dikeluarkan kepada peniaga bazar yang melanggar peraturan. Nafisah berharap peniaga pada tahun ini lebih bertanggungjawan dan tidak melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Keseluruhan kutipan dari kompaun yang kita dapat adalah RM18,200, agak banyak. Kita lihat banyak berlaku ketidakpatuhan kepada peraturan kebersihan makanan yang telah kita tetapkan, jumlah kutipan tu agak besar.

Kita harap tahun ini tak lah sebanyak ini, sebab kita dah beri taklimat, sepatunya mereka ikut apa yang diberikan.

Kredit: Astro Awani

SKIP THIS AD ×