Sekadar gambar hiasan
Sudah menjadi lumrah bagi mana-mana peniaga, berdepan dengan 1001 kerenah pembeli yang masih berpegang teguh dengan prinsip customer always right. Prinsip yang dipraktikkan membuat rata-rata pembeli merasakan diri mereka mempunyai hak-hak ‘istimewa’ yang secara tidak langsung boleh menindas peniaga itu sendiri.
Artikel Berkaitan: Dah Order Punya Banyak, Bila Dah Sampai Tempat COD Boleh Pula Cakap Nak Main-Main Ja…
Artikel Berkaitan: Punya Takut Suami Marah Bayar Caj COD, Wanita Gigih Kira Kos Peniaga Sampai Guna Excel!
Pembeli biadap!
Sekadar gambar hiasan
Seperti perkongsian seorang peniaga kek dikenali sebagai Ana Najia menerusi satu thread di laman Twitter, meluahkan rasa kecewa dan ‘geram’ terhadap sikap seorang pembeli. Kisahnya bermula, apabila dia mendapat satu pesanan menerusi aplikasi Whatsapp daripada pelanggannya untuk menempah sebiji kek. Bahkan, peniaga tersebut juga turut mengajukan beberapa soalan sebelum mengambil keputusan untuk menempah kek tersebut.
Namun, apa yang menyedihkan apabila pelanggannya bertindak ‘tidak sopan’ dan meminta wanita ini untuk menutup perniagaanya berikutan kegagalan membalas mesej tersebut.
Better tutup kedai ye. Aku mesej sebab nak order cake untuk wedding. Tapi korang buat bisnes kena reply. Jangan buat customer bod** faham.
Susulan mesej yang diterima, wanita ini menjelaskan pihaknya mengambil masa dua hingga tiga hari bagi membalas setiap mesej yang diterima. Bahkan, perkara tersebut telah dijelaskan menerusi platfom Instagram ditambah pula dengan kesibukan pihaknya dalam menguruskan studio baru. Pada masa yang sama, dia turut meminta pelanggannya supaya tidak berlaku ‘biadap’ dengan mana-mana peniaga lain.
Banyak kos yang perlu diambil kira
Bercerita lebih lanjut, wanita ini menjelaskan dia perlu menampung kos sampingan lain yang menjadi keutamaan berbanding mengambil pekerja baharu. Pada masa yang sama, dia turut menitipkan pesanan ‘mesra’ kepada orang ramai supaya tidak berlaku ‘kejam’ dengan orang lain.
Mesej bersama pelanggan
Foto: Ana Najia
Sumber: Ana Najia