berita

Pening Ah! – 3 Rumah Terbalik Di Malaysia Yang Korang Mesti Kunjungi Selain Di Sabah

October 7th, 2015 | by Wan
Travelogue

okygni

Jika dahulu lawatan ke Sabah tidak lengkap sekiranya tidak mengunjungi rumah terbalik yang terletak di sana. Pertama di Malaysia dan Asia Tenggara, rumah terbalik berkenaan menjadi tarikan ramai kerana keunikannya.

Namun kini beberapa tempat baru yang menyediakan tarikan rumah terbalik telah dibuka. Nak tahu dekat mana? Jom ushar, dekat-dekat je.

Upside Down House Melaka

me2

Buat korang yang tak tahu, di Melaka juga terdapat rumah terbalik yang diberi nama Upside Down House Melaka. Kelengkapan dan alatan di dalam rumah yang diletak secara terbalik pasti buat korang pening.

Tengok siap buat wedding photoshoot lagi.

me1

Kalau kreatif, hasilnya akan seperti ini. Terpulang kepada tahap kreatif masing-masing.

melaka

Alamat : Jalan Pm 7, Plaza Mahkota, 75000 Melaka, Malaysia

Tel :011 1072 2260

Harga : RM15 dewasa, RM10 kanak-kanak

Facebook : Upside Down House Melaka

Upside Down Art Gallery Negeri Sembilan

ng9

Rumah terbalik yang terletak di Port Dickson ini baru sahaja dibuka dan menerima kunjungan ramai memandangkan ia antara tarikan rumah terbalik paling berhampiran dengan Lembah Klang.

Kira hujung minggu tak tahu nak pergi mana, boleh bawa anak-anak ke sini. Selain rumah terbalik, ada juga tarikan lain seperti ini.

ng3

Alamat :No 13A & 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan
(berhampiran Ostrich Park & Politeknik Port Dickson)

Tel : 016-3368751

Harga : RM15 dewasa, RM10 kanak-kanak

Facebook : Upside Down Art Gallery

Upside Down Museum Penang

pen4

Buat korang yang tinggal di utara pula, tak perlu berjalan jauh kerana di Pulau Pinang juga ada rumah terbalik iaitu Upside Down Museum Penang.

pennaa

Juga baru dibuka Ogos yang lalu. Balik makan nasi kandar boleh singgah sini.

pen8

Alamat :45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100, Pulau Pinang, Malaysia

Harga : RM16 dewasa, RM8 kanak-kanak 

Tel :04 – 2642660

Facebook : Upside Down Museum Penang

Rumah Terbalik Sabah

sab3

Yang terakhir sekali ialah di Sabah, boleh kata yang ni paling ‘legend’ memandangkan ia antara yang terawal dibuka.

Yang uniknya, bukan sahaja dalam rumah je terbalik tapi dengan rumah-rumah sekali terbalik. Kereta pun terbalik tau.

sab4

Alamat :Kampung Telibong, Batu 21
Jalan Telibong, Tamparuli, Sabah.

Harga : RM10 dewasa RM5 kanak-kanak

Tel :+6088 – 783 911

Facebook : Rumah Terbalik – The Upside Down House In Borneo

Jom tunggu apa lagi, kita pening-pening ramai-ramai!

SKIP THIS AD ×