berita

‘Penjaganya Memang Selalu Bertukar’ – Netizen Kecewa Individu Guna Bayi Sakit Untuk Kutip Derma

October 27th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Tidak tahu di mana silapnya, jika diperhatikan jumlah peminta sedekah semakin meningkat di Malaysia. Tidak salah untuk kita menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing. Akan tetapi, kadang-kadang itu taktik atau strategi yang digunakan oleh mereka sehinggakan sanggup mengekploitasi demi kepentingan diri.

Seperi kisah yang dikongsikan pengguna Facebook, Akhi Fairuz Al-Jengkawi ini. Dia melahirkan rasa kecewa dengan sikap peminta sedekah di laluan pejalan kaki Terminal Bersepadu Selatan yang menggunakan bayi sedang sakit untuk meminta pertolongan ramai.

“Ketahian apa ni?”

Mengikuti kiriman pos Akhi Fairuz, isu menggunakan bayi berkepala besar itu telah pun dilaporkan dua hari lepas, dan tindakan serbuan dan penangkapan telah pun dijalankan ke atas individu terbabit, namun masih belum serik.

Bayi sakit jadi mangsa raih duit

Sedih baca! Sindiket mempergunakan kanak-kanak dan remaja untuk mengutip derma sama sekali tidak mempunyai tempat di negara kita, apetah lagi menggunakan kelemahan seseorang untuk meraih simpati.

Dalam pada itu, kemas kini mengenai isu tersebut, dilaporkan bayi ini seringkali bertukar-tukar penjaga dan tidak pernah menerima rawatan untuk penyakit yang dihidapi.

Sering tukar penjaga

Kesiannya, dipergunakan sebegitu rupa. Sampai bila nak biarkan bayi macam itu? Harap kisah ini sampai ke pihak yang sepatutnya.

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×