berita

Penjenayah Serah Diri, Akui Lebih Tenang Jalani ‘Lockdown’ Dalam Penjara Berbanding Di Rumah

February 19th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Entrepreneur

Seorang lelaki yang dikehendaki oleh pihak polis telah menyerahkan dirinya supaya dia tidak perlu menghabiskan masa untuk ‘lockdown’ bersama orang yang tinggal dengannya

Artikel berkaitan: 68 Tahun Di Sebalik Tirai Besi, Banduan Juvana Tertua Terkejut Lihat Bangunan Pencakar Langit

Artikel berkaitan: Peguam Sebak Cerita Anggota Polis Difitnah Rogol, Dijatuhi Hukuman & Meninggal Di Penjara

Lebih tenang di penjara

Sekadar Gambar Hiasan

Menurut laporan daripada Sky News, lelaki yang identitinya tidak diberitahu itu menyerahkan diri secara sukarela kepada polis Sussex pada hari Rabu petang demi mendapatkan ketenangan daripada terpaksa duduk di rumah.

Pihak polis menyatakan bahawa lelaki tersebut memang dikehendaki oleh pihak polis tetapi lebih mengejutkan apabila lelaki tersebut datang sendiri menyerahkan dirinya ke Balai Polis Burgess Hill dan berada dalam tahanan dan kembali ke dalam penjara.

Saya lebih suka kembali ke penjara daripada menghabiskan lebih banyak masa dengan orang-orang yang tinggal bersama saya!

Itulah ungkapan lelaki tersebut apabila ditanya mengenai isu ini. Inspektor Darren Taylor, merupakan seorang polis dari Sussex turut menyatakan hal ini di laman Twitter beliau.

Damai dan lebih tenang! Seorang lelaki yang dikehendaki telah menyerahkan diri ke pihak polis petang semalam setelah memaklumkan bahawa dia lebih suka kembali ke penjara daripada harus menghabiskan lebih banyak masa dengan orang-orang yang tinggal dengannya!

Tambahan pula, menurut kajian daripada King’s College London dan Ipsos MORI, hampir satu per empat orang melaporkan mempunyai masalah dengan rakan atau keluarga mereka ketika sedang ‘berkurung’ dengan sekatan Covid-19. Manakala satu dari 12 orang tidak lagi bercakap dengan rakan atau saudara kerana tiada persefahaman.

Sumber: Sky News

SKIP THIS AD ×