berita

Penuh Gumpalan Kertas Dalam Mesin Basuh, Gara-Gara Buku Teks Pendidikan Jasmani. Adoi!

February 12th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Syada Syed

Kumpulan Anak Sepahkan Apa Hari Ini? di laman Facebook, sering kali menyajikan telatah lucu kanak-kanak. Bahkan perkongsian ahli kumpulan itu, secara tidak langsung menghiburkan warganet melihat gelagat anak-anak kecil ini.

Artikel Berkaitan: Ganti Ikan Laga Dengan Ikan Bilis, Bila Disoal Bapa..Ini Jawapan Lucu Anak 3 Tahun!

Artikel Berkaitan: Anak Selalu Buka Peti Ais, Ibu Terpaksa Letak Gambar Maklong ‘Harimau Merenung’

Artikel Berkaitan: Anak Oh Anak! Gunting Tali Raket Nak Buat ‘Bubble’ Besar Macam Dekat Taman Katanya

Terbaru, seorang ibu dikenali sebagai Syada Syed, tampil meluahkan rasa ‘geram’ apabila anaknya bertindak memasukkan buku teks Pendidikan Jasmani ke dalam bakul yang berisi baju kotor. Aduhai, buat hal lah dik!

Buku ke dalam bakul

Foto: Syada Syed

Menerusi posting tersebut, si ibu ‘tergamam’ apabila baju yang dibasuh di dalam mesin basuh dipenuhi dengan gumpalan kertas yang melekat pada baju dan seluar. Pada masa yang sama, dia sama sekali tidak perasan bakul baju itu terselit buku anaknya yang sedang belajar tahun tiga.

Anak saya bagus, tak sepahkan apa pun harini. Cuma masukkan buku teks tahun 3 dalam raga baju kotor jee.
Tak tau nak nangis ke nak apa… Hancur lebur buku pendidikan jasmani dia. Mana belajar laa lepas baca buat exercise dengan adik dia semalam bantai tauk (letak) dalam raga kain bertimbun. Ibu pun tak nampak main tuang je kain dlm mesin pastu pusing.. Haa helok sangat.. Blender hancur, uwahhhh.

Mahu tidak mahu, si ibu terpaksa ‘pasrah’ dan membasuh semula pakaian itu dan perlu mencuci mesin basuhnya itu. Memang kesabaran kena kuat ni!

Pengalaman netizen lain

Perkongsian wanita itu telah dikongsi hampir seribu pengguna Facebook dan ratusan komen yang rata-ratanya ‘simpati’ dengan nasib yang menimpanya.

Pada masa yang sama, netizen juga sempat berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan situasi tersebut dan apa yang lebih kelakar apabila lampin pakai buang anak mereka turut dijumpai di dalam mesin basuh. Macam-macam kan?

Sumber: Syada Syed via Anak Sepahkan Apa Hari Ini?

SKIP THIS AD ×