berita

Penyanyi Kumpulan Rock ‘Brass Against’ Mohon Maaf Sebab Buka Seluar & Kencing Di Muka Peminat – ‘Saya Dah Melebihi Batas Malam Itu’

November 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, kumpulan rock, Brass Against telah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas penyanyi utamanya kencing di muka peminat pada festival di Daytona Beach, minggu lalu.

Artikel berkaitan: Buka Seluar & Kencing Di Muka Peminat, Kumpulan Rock ‘Brass Against’ Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka – ‘Dia Terbawa-Bawa & Kami Tak Jangka’

Terbaru, penyanyi utama kumpulan tersebut iaitu Sophia Urista, tampil dan membuat permohonan maaf secara peribadi kepada semua pihak di atas kesalahan menurunkan seluarnya dan membuang air kecil ke muka peminatnya di pertengahan persembahan.

Saya sayang semua

Menurut Sophia, dia suka membuat sesuatu yang luar biasa setiap kali melakukan persembahan. Namun, apa yang terjadi baru-baru ini ternyata sangat luar biasa dan tidak masuk akal. Ujar Sophia, dia sangat menyayangi seluruh ahli keluarganya, kumpulan Brass Against dan para peminat. Oleh itu, dia memohon maaf kepada semua pihak yang kecewa, marah dan terasa dengan perbuatannya itu. Jelas Sophia lagi, dia tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa pun.

Di samping itu, Sophia memberitahu bahawa muzik merupakan keutamaannya. Justeru itu, dia sentiasa mengharapkan sokongan dan kasih sayang daripada semua orang.

Sentiasa jadi peminat awak!

Di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa gembira apabila Sophia sudah melakukan permohonan maaf secara peribadi. Pada masa yang sama, peminat berharap Sophia mengambil pengajaran daripada kes tersebut dan kembali ‘kuat’ untuk beraksi semula di pentas.

Sumber: Sophia Urista 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×