berita

Macam Filem Zombi, Penyokong Terengganu Berasak & ‘Panjat’ Orang Untuk Dapatkan Tiket Final Piala Malaysia

October 25th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Bahang final bola sepak Piala Malaysia 2018 diantara Perak menentang Terengganu FC makin terasa. Difahamkan 72,000 tiket akan dijual oleh Liga Bolasepak Malaysia kepada peminat kedua-dua pasukan.

Namun lain pula jadinya di Terengganu apabila dimaklumkan jumlah tiket yang dijual tidak sebanyak seperti yang digembar gemburkan. Penyokong setia pasukan itu terpaksa berasak bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir yang mula dijual sejak pukul 10.30 pagi. Lebih malang, ada yang cedera parah dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Berasak nak dapatkan tiket

https://www.facebook.com/daging.segor/videos/588506224913836/

Menerusi hebahan yang dimuatnaik di laman Facebook beberapa hari lalu, hanya 2000 keping tiket sahaja yang dijual kepada orang ramai. Justeru itu ramai yang mempertikaikan penjualan tiket yang didakwa tidak telus.

Penyokong kecewa

Sementara itu di Perak, penyokong pasukan itu kecewa setelah tiket yang dijual telah pun habis selepas hanya kaunter jualan dibuka selama 1 jam. Menurut seorang peminat, kesemua 18 kaunter telah pun ditutup dengan alasan tiket habis.

Kaunter buka 9.15, tutup 10.10. Mustahil tiket boleh habis? Memang saya kecewa dan marah, dah la saya cuti setengah hari.

Sepatutnya ada wakil daripada Pafa maklumkan perkara yang berlaku. Kami bukan marah, kalau nak simpan tiket  untuk jualan esok kami faham, tapi kena maklumkanlah.

Kecewa la sebab 6.30 pagi dah sampai, tapi tak ada orang, saya balik dulu datang semula 8.30 pagi. Tapi orang dah ramai beratur, tapi tak lama rasanya dalam 18 orang kaunter tutup dengan alasan tiket habis. Tak boleh la buat macam ni, kena bagitahu.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×