Pelakon dan model, Syifa Melvin didakwa bakal melangsungkan perkahwinan dengan pemain bola sepak terkenal Safawi Rasid tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syifa Melvin Sebak Hantar Safawi
Artikel Berkaitan: ‘Stop Panggil Dia Bodoh’ – Syifa Melvin Back Up Safawi Rasid, Rayu Henti Kecaman!
Syifa & Safawi bakal kahwin?
Sejak 2019, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu telah dikaitkan dengan pelakon Syifa Melvin yang juga merupakan adik kepada pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam. Meskipun gosip cinta tentang mereka sering dibicarakan orang ramai, namun masing-masing mengambil langkah untuk mendiamkan diri.
Walau bagaimanapun, satu perkongsian yang dimuat naik di TikTok seolah-olah memberi bayangan bahawa pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Menerusi video berkenaan, para penyokong yang hadir ke perlawanan terbaharu pasukan JDT sempat menyanyikan lagu ‘selamat pengantin baru’ kepada Safawi.
Susulan itu, rata-rata netizen meninggalkan komen dengan mempersoalkan mengapa lagu tersebut dinyanyikan oleh penyokong di stadium. Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah, sebahagian peminatnya sudah mengetahui tarikh hari bahagia pasangan terbabit yang difahamkan bakal mendirikan rumah tangga pada bulan hadapan.
Video
@fadly1508jb
Sumber: TikTok