berita

Perangai Jijik Pelawak Popular Suka Minta Gambar Lucah

March 30th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

DEDAH

Mungkin dek kerana sudah terlalu dikenali ramai, seorang pelawak lelaki popular menggunakan populariti dirinya sebagai modus operandi untuk memperdaya ramai wanita.

Lebih memalukan tindakan keterlaluan pelawak tersebut yang berani meminta gambar bogel setiap wanita yang cuba diperdaya.

Kerap Minta Gambar Bogel

sha

Bercakap kepada Berita Harian, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha tampil membongkar sikap jijik pelawak tersebut yang semakin ligat cuba mempermainkan wanita.

Bukan saya seorang saja yang diperdaya serta ditipu oleh lelaki itu. Ketika melepak bersama kawan-kawan, saya terkejut kerana pelawak itu juga cuba untuk mengurat mereka.

Ini bukannya tuduhan melulu kerana saya berani tampil membuat pengakuan berdasarkan bukti yang ada pada saya. Helah yang digunakan sama saja iaitu dengan meminta gambar bogel serta mahu berborak secara ‘video call’.

Jika Perlu, Bukti Akan Didedahkan

pelawk

Menurut Sasha, dia tidak teragak-agak untuk menyebarkan bukti yang ada jika pelawak terbabit terus bersikap sedemikian.

Bukan setiap wanita murah dan termakan janji manis dengan begitu mudah. Saya harap dia segera berhenti membuat kerja bodoh sebelum jatuh kerana perangai buruknya sendiri.

Saya tahu beliau pasti akan memutar belit cerita selepas mengetahui kenyataan yang dibuat oleh saya ini. Namun saya bukan bercakap kosong tetapi ada bukti yang saya simpan dan jika perlu saya akan tunjuk semuanya.

Agak-agak siapa lah pelawak popular yang dimaksudkan oleh Sasha ini ye? Ke Sasha yang frust sebab cinta tak dibalas? Hurm menarik untuk dinantikan.

SKIP THIS AD ×