berita

Perempuan Perlu Elak Cari Jodoh Di 8 Tempat Ini Jika Tidak Mahu Kecewa

April 17th, 2015 | by Wan
Make-It-Senang

gay

Memang benar jodoh pertemuan, rezeki, ajal dan maut merupakan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah. Namun sebagai seorang muslim yang percaya dengan semua itu, kita juga harus berusaha terlebih dahulu.

Ada ke jodoh tiba-tiba datang depan mata? Tak ada kan? Buat yang masih solo dan sedang mencari jodoh, kami sarankan korang elak cari jodoh di 8 tempat ini. Ini pun kira salah satu usaha la kan?

Tempat Orang Kursus Kahwin

kursus

Selalunya orang yang pergi kursus kahwin ini memang dah plan nak melangsungkan perkahwinan dan dah ada calon.

Jarang yang solo pergi. Jadi elakan cari jodoh dekat sini kalau korang taknak kena maki dengan girlfriend/tunang lelaki tersebut

Wad Bersalin

sarah

 

Lelaki tersebut mungkin sedang menemani isterinya yang bakal melahirkan anak tak lama lagi. Tak nak kena tuduh perampas kan?

Ekspo Perkahwinan

Pameran_Pengantin_Klang_2014_PPK_2_0

Kalau kami lah, tak adanya suka-suka hati nak pergi ekspo perkahwinan. Macam tak ada point je. Jadi lelaki yang pergi situ selalunya memang plan dah nak kahwin. Sekali lagi jangan jadi perampas!

Kelab Malam Gay

GIFSec.com

Sah-sah mereka ni mempunyai ‘taste’ terhadap jantina yang sama. Jadi pesanan kami jangan cari penyakit. Biarkan mereka dan hidup mereka.

Kedai Emas

emas

Hurm mungkin lelaki tersebut sedang beli cincin mahupun rantai kepada girlfriend, tunang, atau isterinya. Beli untuk emak? Susah nak cari lelaki macam tu.

Mahkamah Syariah

Erra_Fazira_Sah_Bercerai

Ye bidang kuasa mahkamah syariah cukup besar dan ianya berkaitan dengan hal ehwal agama Islam termasuklah perkahwinan.

Mana tahu lelaki yang korang kenal dekat situ dalam perbicaraan kes cerai, kes pukul isteri ke. Jadi baik hati-hati.

Klinik Ibu & Anak

Screen Shot 2015-04-17 at 11.08.36 AM

Tempat ini pun korang patut elakkan. Lelaki yang korang jumpa itu mesti bawak isteri dan anak-anak dia untuk dapatkan rawatan.

Sanggup ke nak lukakan hati perempuan-perempuan mengandung dekat atas ni?

Kedai Jual Barangan Bayi

anak

Ada ke lelaki yang tiba-tiba masuk kedai jual barangan bayi tanpa sebab? Lepas tu masuk seorang diri pulak itu. Mungkin isteri suruh beli barang anak kot? Jadi lupakan jela

Kedai Makan Berdekatan Kedai Nombor 4D

toto

Selalunya mamat-mamat yang main nombor ini akan lepak kedai makan berhampiran sebelum pergi beli. Iyalah cover line takut kena tangkap dengan Jabatan Agama Islam.

 

SKIP THIS AD ×