Menepis dakwaan Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah kini bersikap ‘dingin’, penerbit drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, Farid Zaid tampil menegaskan kedua-dua pelakon tersebut bersikap profesional dan fokus dengan komitmen masing-masing.
Artikel Berkaitan: Mesra Dalam Panggung Wayang, Sophia Albarakbah Dipeluk Lelaki Berjambang
Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Didakwa Stalk IG Aliff Aziz?
Profesional berkerja
Memetik laporan Harian Metro, Farid memberitahu, dia sering berada di lokasi penggambaran drama itu dari hari pertama sehingga sekarang. Tambahnya, dia tidak melihat sebarang perubahan kerana mereka berdua sangat profesional ketika bekerja, selain berkomunikasi dengan baik.
Isu yang berlaku sudah pun reda dan tak sangka pula diperkatakan kembali, dengan cerita lain pula. Tapi, apa yang boleh saya kata, komunikasi mereka berdua baik-baik saja selepas kontroversi itu. Kedua-duanya kini tetap profesional ketika bekerja.
Pergaulan mereka di set pun tidak keterlaluan, masih biasa-biasa saja. Termasuk, masing-masing juga tidak beremosi dan tarik muka di antara satu sama lain. Dalam soal bekerja, memang mereka profesional. Kalau nak kata ‘mesra’, ia pada saya subjektif.
Pengambaran masih berbaki
Dalam pada itu, penerbit ini menjelaskan baki pengambaran hanya berbaki 20 hingga 25 peratus lagi yang melibatkan pembabitan Aliff dan Sophia.
Penggambaran selesai kira-kira dua minggu lagi dan saya tidak sabar untuk ia habis segera. Selagi penggambaran drama ini tidak tamat, ruang untuk pelbagai cerita lain timbul, pasti akan ada.
Saya juga faham, kita tidak boleh menutup mulut orang untuk bercerita. Apapun, saya melihat semua yang diperkatakan ini adalah gosip dan realitinya kerjasama semua barisan pelakon dan pasukan produksi amat profesional.
Terdahulu, timbul isu di mana pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah ini dilihat ‘dingin’ dan tidak lagi berkomunikasi berikutan isu kontroversi yang mengaitkan nama hero dan heroin ini.
Sumber: Harian Metro